Monday, March 17, 2008

After the storm


Some new discoveries following GE12 (or PRU12)*, so far…

1. PAS is now “cool” to my eyes after seeing its “poster boy”** in a Parliament session. Thanks to YouTube.

2. Nurul Izzah is a chip of the old block. Boy, the lass can really talk. Thanks to YouTube.

3. The Sultans actually possess power to appoint their MB.

4. Tun Mahathir’s political history in 1969 which his son is set to repeat.

5. The stock market is one sensitive beast.

I am happy that the voice of the rakyat (and the bloggers) is a force to be reckoned with, but am a bit unsettled about the instability of the government. I wish I could use Hugh Grant in Notting Hill, “surreal but nice”comment, but I can't. I have butterflies in my stomach.

Notes:
* Not referring to the 2 giant insurance companies.
** Datuk Husam Musa.

Wednesday, March 05, 2008

Election Fever


This post is for the benefit of Acu, who is yet to vote. This time around, we have an interesting match. By this time next week, we shall know who rules in BTR. The polling day this Saturday is so "timely" in many ways than one. One thing for sure, it would provide us an opportune time to have a mini family gathering as most of our siblings will be voting in BTR, and the kids are already starting their school break.
Acu, I want to post more photos to give you the feel or aura of this business. But I keep getting 'kicked' by blogspot. Anyways, try to get it from this photo. That's Tapak Semaian Baharum in the background, clearly supporting BN. But the PKR's presence is not less felt. They even have mini booths scattered around BTR; there's one such booth in Jalan Makmur! Our lorong is more sedate as people keep their choice candidate to themselves.
Are you voting over there, Acu?

Tuesday, March 04, 2008

Hari Lahir Yang Berlalu


Semalam, Embak menyambut ulangtahun yang berganda angkanya. Ustaz kata jangan terlalu gembira sebab itu juga bermakna umur kita semakin kurang. Tanda-tanda usia pun sudah ada. Dah dua kali embak dipelawa oleh situkang gunting untuk inaikan rambut. Mula-mula dulu Embak tanyakan harga. Kali kedua Embak datang dia tanya lagi. Iyalah, dah kerja diakan. Embak tak nak, jadi Embak beri alasan, tak suka rambut perang. "Tak kak, saya maksudkan, buat inai hitam". Embak telan airliur. Rupa-rupanya, uban dah banyak di kepala. Urat-urat di tangan juga dah mula timbul. Teringat tangan arwah nenek dulu, urat-uratnya timbul dengan jelas sekali. (Kalau Awang Goneng yang tulis ni, mesti dia dah dapat gambarkan macam mana tangan nenek).

Tarikh harilahir Embak, 3 Mac. Embak ingatkan mudah diingati, rupanya tak sebegitu. Ramai yang masih keliru dengan tarikh 13 atau 30 Mac. Huh? Walau bagaimanapun, banyak juga ucapan yang Embak terima, antaranya:

Se awal 6.43 pagi, ucapan pertama diterima dari Angah. Adik Embak, Alang, sebelum dia melangkah keluar pergi kerja, dia laungkan, "Kak Long, Happy Birthday!". Masa tu, Embak masih melingkar di katil. Semasa sarapan pagi, Embak nampak muka Abah macam nak wish aje. Tahun-tahun yang lepas-lepas memang dia wish, tapi janggal aje bunyinya. Nasib baik tahun ni dia tak wish. Tapi Embak tahu dia tahu.

N, bekas penyewa rumahku, SMS. Yang ini betul-betul tak disangka. Dah hampir setahun dia pindah. Embak tak tahu pun dia tahu.

Mungkal Deli juga SMS. 1 hb Mac haritu dia dah ‘confirm’kan tarikh sebenar birthday Embak. Petangnya, MD telefon, beritahu yang dia dapat anak sedara baru. So, lepas ni, dia kata for sure dia akan ingat birthday Embak. We shall see….

SN, client Embak -Saban tahun, dialah yang first sekali wish Embak. Jam 12.01 pagi je dah dapat SMS dia. Tahun ni, dia lewat sikit, tapi masih mengingati.

AZ, sahabat Embak yang ini telefon masa Embak memasak di dapur. Sebab Az akan resign akhir bulan ni, Embakpun berterus terang yang Embak sengaja tak kerja hari ni. Kalau sahabat Embak yang lain, Embak pasti tak cerita, kerana tak nak mereka cemburu.

Belah petang, RM SMS. Yang ni, Embak terharu, tak sangka dia ingat.

JA juga SMS, tanya betul ke birthday Embak. At least dia teka betul. She blamed it on advancing age for not being sure.

Dr S SMS dari tempat seminarnya di PD. Kebetulan, adiknya Bob pun celebrate birthday sama hari dan tahun dengan Embak.

MM sms beritahu yang dia selamat melahirkan anaknya. Sahabat Embak, L, ajak Embak untuk visit MM di sepital. Embak beritahu L, anak MM sama besday dengan Embak. Kata L, “La, I ingatkan 4 Mac! I dah tulis dalam diary I nak wish you esok.”

Yang tertinggal keretapi ialah Acu. 12.34 mlm, 4 Mac, dia SMS dari Jerman. Apa daa… Katanya, dia lupa perbezaan waktu. Tapi Dik, beza waktu pun 8 jam je, tapi bagi canlah, dia excited first day kerja.

Ucapan paling manis tahun ni Embak terima dari Tegalsari, hotel yang Embak inap di Bali 2 tahun lepas. Embak gembira mereka ingat birthday Embak, biarpun dengan bantuan teknologi. Sebagai balasan, Embak nak rekomenkan pada pembaca blog ni (yang 3 orang nih), kalau nak ke Bali, duduklah di Tegalsari, Embak garenti anda akan dapat layanan kelas pertama. (website: http://www.tegalsari-ubud.com/).

Satu je yang Embak terkilan, tak dapat "birthday wish" dari agen insurans. Hampeh punya agen!