
Alahai, maaf le lama tak cerita-ceriti. Siang tadi Embak jumpa kawan Embak, Liza yang baru balik makan angin di Frisco. Dia beli kiriman Embak i.e Fritos chips. Terimakasih buat Liza; moga Allah murahkan rezeki awak. Embak gumbira kunyah Fritos chips yang rangup, tapi kena hati-hati sebab simen gigi geraham Embak sudah rapuh. Moga tak pecah menanti temujanji dengan dentist Khamis ni.
Kerana Embak masih demam Mad Men dan kemaruk menunggu Season 4, Embak merayau-rayau di cyberspace, terjumpa laman "MadMen Yourself" dan hasilnya ialah karikatur di atas. Konon-kononnya Embak berada di pejabat Sterling Cooper di tahun 60-an.
(Interlude: Ada satu hari tu, Embak dengar drama radio di Bernama Radio, pelakon tu sebut 60-an bukan enampuluhan tapi enampuluh-an. Ini mesti produk zaman Bahasa Baku!)
Apa lagi ye? O tadi Embak mengalami pengalaman pertama di Puspakom. Efisyen betul mereka. Lorong ekspresnya mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Mungkin hari ni kurang kereta yang diperiksa. Embak takjub tengok gambar kereta-kereta yang gagal pemeriksaan. Ada ke patut badan kereta dua potong dipateri sahaja! Sesangat bahaya!
Ehem, nampak sangat hari ni Embak kurang kerja rasmi. Selain daripada 3 panggilan telefon nak set appointment, Embak buat "errands" peribadi. Awas Embak! Awak bukan makan gaji -- pikir-pikirlah sendiri.