Kisah benar 1:
J, pemuda 20 tahun menalipon saya untuk menempah emas 20g. Sebelum itu saya sudah pastikan yang dia betul-betul tidak memerlukan wang simpanan yang hendak digunakan untuk membeli emas tersebut. Almaklumlah dia masih belajar lagi. Dia kata pasti. Lepas itu dia menyuruh saya menghantar emas tersebut kepada ibu kawannya untuk disimpan. Boleh-boleh dia menyuruh saya meletakkan nama kawannya
N dalam invois saya, walhal dia yang bayar. Terus saya bertanya "point-blank". "Awak nak book
N ke?" Dia menjawab, "ya!!"
Apabila saya berjumpa dengan ibu
N, ibu
N menerangkan, beliau dah jumpa dengan
J, dan sudah berkenan dengannya. Tapi dia memberitahu kepada
J, semuanya terserah pada takdir. Kalau ada jodoh, tentu
J dan
N akan bersatu. Kalau boleh, biarlah tunggu sehingga kedua-duanya habis belajar. "Nanti kalau tak jadi, bagaimana?" tanya saya. Ibu
N berkata, "
J kata, emas tu kira rezeki
N". Apakah kesudahannya? Nanti Embak akan update kalau ada perkembangan, insyaAllah. Embak sangat kagum dengan
J yang berani,
confident dan gentleman.
Kisah benar 2:
A, seorang gadis
berkawan dengan seorang pemuda
Y untuk beberapa bulan lamanya, dan menjadi serius sehingga membawanya berjumpa ibu-bapanya. Tup-tup,
A berubah hati dan membatalkan perhubungan mereka. Bukannya sebab
A ada kekasih baru.
Y, mungkin kecewa, menuntut ganti rugi semua yang pernah dibelanjakan sepanjang perhubungan mereka.
A akur, lalu setelah dihitung kesemuanya, membayar balik lebih RM4,000. Sampaikan
dish TV yang dipasang di bumbung rumah
A oleh
Y dituntut agar dibuka dan dipulangkan kepadanya.
A offer dish tv yang baru, tapi
Y tak mahu. Memang sah,
Y sakit hati. Nasib baiklah tak jadi kawin. Embak rasa terjawablah persoalan mengapa
A bertindak untuk putuskan hubungan mereka
in the first place.
Kisah benar 3:
M berkahwin dengan isterinya Disember lepas. Minggu ini, baru pihaknya membuat resepsi. Oleh kerana ibu bapa
M telah membuat keputusan untuk tidak menyusahkan diri mereka, maka
M buatlah majlis tersebut sendiri di rumah sewanya. Nasib baik, ibu saudaranya membantu menyiapkan bunga telur dan menempah katering. Ibunya akan datang menaiki bas dari kampung untuk turun meraikan majlis. Bapanya tidak dapat datang kerana urusan perniagaan. Saya bertanya kepada kawan saya iaitu ibu saudara
M, samada
M anak angkat. Kawan saya menjawab, tidak, anak sendiri! Kalau anda, sanggup buat begitu pada anak anda?
Begitulah 3 coretan hidup orang yang Embak secara tak sengaja telah terkongsi minggu lepas.