Sunday, May 20, 2012

KOBARU


Pagi Sabtu tadi Embak menemani Mak dan Abah ke mesyuarat agung Koperasi KOBARU Berhad. Embak sebenarnya telah didaftar sebagai ahli 4 tahun yang lalu oleh Abah, tapi tak pernah nak ambil pot pasal koperasi ini. Abah sudah dua tiga kali suruh Embak aktif dalam persatuan, apatah lagi orang kuat KOBARU telah dipaksa pencen kerana strok. Sejak itu, Koperasi semakin lesu dan dah naik lemau.

Memang pun, masa mesyuarat tadi, kehadiran ahli amat menyedihkan. Memang tak cukup korum. Tetapi meyuarat dijalankan juga. Akhirnya 80 persen yang datang terlantik menjadi perwakilan kawasan, termasuk Embak juga. Kalau Abah tak cadangkan nama Embak tadi, mahu saja Embak mencadangkan diri sendiri. Begitulah semput keadaannya.

So, lepas ni siaplah Embak menyinsing lengan menjalankan amanah, insyaAllah, untuk naikkan KOBARU kembali. Pengerusi mesyuarat pun ada kata, jadi perwakilan akan dapat elaun RM100. Hehe. 

Saturday, May 19, 2012

Isi Ikan Tiga Rasa

Embak baru sahaja balik dari majlis keraian raja sehari anak kawan di Hotel De Palma, Ampang. Berjumpa kembali rakan-rakan lama, maka terjadilah mini-reunion rakan-rakan sebilik masa haji dulu. Kami gembira  meng'terkinikan' cerita memasing.


Pasangan pengantin muda dan cantik bagai pinang dibelah dua. Hidangan pula sangat sedap. Tapi Embak tertinggal spek dalam kereta, jadi makan tak puas sangat sebab makanan sedikit kabur depan mata.

Yang bestnya ialah salah satu hidangan dinamakan Isi ikan tiga rasa Nur Kasih. Embak tak boleh nak baca sebab rabun, kawan Embak yang beritahu. Embak sangat SUKA!! Ini buktinya. 

Wednesday, May 16, 2012

The magnificent Hagia Sofia

Hagia (pronounced as Aya) Sofia stands six storey high from floor to dome. My jaw dropped at the site of this palatial space and architectural wonder. Its design is an engineering feat which the Ottomans tried to copy in their mosques but failed. How did the Romans support such a high structure without big fat columns?  The secret is in the way they laid the domes.

This building is A.N.C.I.E.N.T. , about 1,480 years old.  It was first built as a Roman church, then turned into a mosque by Mehmet the conqueror, then Ataturk turned it into a museum in 1930's. The building sits in the same vicinity as the Blue Mosque, the Topkapi Palace and the Byzantine Hippodrome. So one can easily spend a day in this part of Istanbul.

This image here was taken from the internet. My own camera couldn't capture the span of this structure.


Thursday, May 10, 2012

Kenangan setahun lalu

Rakaman pada 1 Mei 2011 di Bolu, Turki.


Sedang kami nak berposing di tepi kolam yang dingin ini, lalu seekor anjing sebesar serigala. Apa lagi, seadat orang Melayu yang takutkan anjing, kami berpaut sesama sendiri sambil memandang kepada jurugambar meminta tolong dalam sengih dan jeritan. Bagus jugak jurugambar rakamkan momen ini.


Usai krisis anjing, kami berposing sakan. Semuanya gaya budak-budak sebab ikut telunjuk yang paling kiri tu. budak 14 tahun!

Tuesday, May 08, 2012

Tip Baca Buku Yang Susah Nak Habis

Embak nak share satu tip yang diberi oleh Ustaz Fathul Bari berkenaan cara nak jayakan diri membaca kitab. Kebiasaan Embak, kalau novel tu sehari semalam pun boleh dihabiskan. Tapi kalau buku agama atau buku teks, boleh jadi ubat tidur!

Ustaz kata, buatkan habit baca, say 5 mukasurat sehari, tak kisah pukul berapa, asalkan baca. Flexi gitu. Kalau kita fixkan time, takut tak tertunai, maklumlah, masa diset untuk membaca masa tulah banyak syayatin masuk jarum.

So, Embak ambil buku ni, yang Embak beli sejak 2006, tapi tak terbaca, dan Embak praktikkan tip 5 helaian sehari, dan alhamdulillah sekarang dah sampai mukasurat 240.

Jadi soalannya murid-murid; sudah berapa harikah Embak membaca buku ini?

Sunday, April 29, 2012

Najib lawat mangsa cedera ketika Bersih 3.0 di HKL

Dipetik dari Utusan Online.

KUALA LUMPUR 29 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat empat mangsa termasuk dua petugas media yang cedera ketika perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan di ibu negara semalam, di Hospital Kuala Lumpur di sini. Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat anggota polis trafik cawangan Kuala Lumpur Mohd Nasir Abu Mansor, anggota polis Terengganu Mohd Kamil Paimin serta jurukamera berita Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh dan wartawan "The Sun" Mohd Radzi Abdul Razak yang ditempatkan di wad 15.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Najib yang tiba pukul 5 petang, sempat bertanya khabar mengenai keadaan mangsa dan mendengar pengalaman mereka ketika bertugas pada perhimpunan itu. Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi berkata Perdana Menteri berjanji untuk membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.

 Mohd Radzi, 28, memberitahu pemberita kira-kira 15 orang memukulnya ketika dia cuba menghalang seorang anggota polis daripada dipukul oleh peserta perhimpunan. "Saya dapat mengecam wajah mereka yang memukul saya berdasarkan rakaman video," katanya. Sementara itu, Mohd Nasir berkata beliau dan rakannya dipukul teruk oleh peserta perhimpunan yang memakai baju berwarna merah di Kompleks Mara, Jalan Raja Laut. Mohd Nasir dipukul dan ditendang di bahagian perut dan belakangnya. - BERNAMA

Catatan Embak: Mohd Radzi was my brother's best man at his wedding last December. He told my brother that he was beaten by the police. Macam mana berita dalam akhbar sebaliknya?

Saturday, April 28, 2012

The day that was

Hari ini dimulai dengan rasa berwaspada memandangkan hari ini dijadualkan hari Bersih 3.0. Walaupun permit berhimpun telah ditolak dan Dataran Merdeka telah dikawal oleh FRU, namun disebabkan KL sesak sejak semalam, telah tertanam rasa berhati-hati di dalam minda. Embak telah merancang ke Pesta Buku di PWTC bersama Maisarah, dan Izzati dengan menaiki LRT.

Jam 9.30 tren tiba dari Bukit Jalil. Sudah sesak sampai ke pintu. Maisarah yang tadi bercadang nak tidur dalam tren terbantut rancangannya kerana dia terpaksa berdiri di celah-celah manusia. Tiba-tiba Embak terasa ada tangan dalam beg sandang. Embak spontan, berteriak sambil memandang tuan punya tangan, " Berani kau ye, selok beg aku! ". "Mana ada, mana ada". Tangannya cepat-cepat dikeluarkan. Secara spontan, Embak menumbuk mukanya, tapi perlahan. Embak secepat kilat meraba dalam bag, cuba merasai apa yang telah diambil. Rasanya tak ada apa yang lesap. Sementara tu, penumpang lain dah mula menumpu pada Embak dan si penyangak. Beberapa saat yang genting dan janggal. Penumpang lain terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa yang Embak bisingkan. Si penyangak tak tahu nak buat apa. Embak pun tak tahu nak buat apa. Setibanya di stesyen Cheras, si penyangak cepat-cepat keluar dari tren. Embak cakap, Belah! Lepas tu Embak berbisik pada Izzati, " Betul ke Mak Long tumbuk orang tu?"

Tren makin sarat dengan penumpang. Tetapi mula menyurut selepas Stesyen Hang Tuah. Masa tu kami dah dapat tempat duduk. Setibanya di Stesyen Masjid Jamik, salah seorang pemuda Cina mengeluarkan t-shirt kuning dari begnya. Hah dah keluar dah, katanya. Nanti awak kena naik trak, kata seorang penumpang lain. Takpa, dalam trak ada makanan. Ya ke? Ya. Ada nasi kuning...(Embak rasa lucu, dan senyum). Sipemuda dan rakan-rakannya turun.



Embak dan anak-anak menakan berbeli-belah di PWTC dengan amannya, dan kami pulang dengan LRT pada 12 tengahhari. Stesyen LRT PWTC ketika itu sesak dengan orang-ramai, kemungkinan para peserta Bersih 3.0. Tatkala tren melalui Dataran Merdeka, penumpang-penumpang memanjangkan leher untuk melihat keadaan. Dataran lengang,  dikawali rapi oleh FRU. Kelihatan beberapa gugusan berbaju kuning berkumpul di pinggir medan tersebut, tetapi masih tenang.






Sebelah tengahharinya, Embak dan kawan, Nani pergi ke kenduri perkahwinan anak rakan sekerja, Roduan di BTR.







Pukul 4 petang Embak terlelap sehingga 6 petang. Bateri yang lemah tercas semula.

Saturday, April 21, 2012

Pengalaman dalam flight

Masa Embak naik flight Air Asia baru-baru ni, Embak perhatikan hot-seatsnya banyak yang kosong. Jadi Embak pun nak testlah, kalau kapalterbang dah naik, boleh tak agaknya Embak pi duduk kat situ. Luas sikit. Lagipun budak sebelah Embak tu asyik batuk aje. Makan pun tak senang.

So, Embak pun beralih tempat. Betul-betul belakang seat Embak. Lalu chief stewardess, Ma'am, where is your original seat? Embak tunjuk, Just in front here. Can't I sit here? CS: By right, you cannot Ma'am. These seats cost extra. Embak: But I want to knit (Sambil tunjukkan projek Embak). CS: OK, Ma'am. But you must return to your seat before landing. Embak: Thank you very much.

Lat 5 minit, ada pramugari lain lalu nak kutip sampah; dia pun tanya, Where is your original seat, Ma'am? Embak: Oh, I have asked the other lady, she said it's ok. I will return to my seat before landing. Embak pun teruskan mengait. Lat 10 minit, Embak dengar ada orang berdengkur kat seat belakang Embak. (Ada 2 row hot-seats). Rupa-rupanya ada apek tidur kat situ. Dia pun ambik kesempatan hot-seats yang lebih selesa. Tapi takda pun orang tegur.

Moral of the story is; bolehlah kalau nak tumpang hot-seats tu tapi kena pandai jawab la kalau ditanya. Bila Embak sampai kat rumah, Embak tengok apa yang Embak kait salah belaka. Kena buka balik kaitan, rasanya yang semua Embak kait masa duduk di hot-seat tu. 2nd moral of the story is; it doesn't pay to knit in a hot-seat that you do not pay for!

Friday, April 20, 2012

Jumping ship

I received this "Friendly reminder" from Celcom today:

Yr Broadband usage is reaching your limit of 4GB/mth. Get additional volume now to continue enjoying ur broadband svc at its current speed. Send BROADBAND VOL to 22188. Time: 20/04/2012 18:22:04

It is now at 3.17MB; kira terrer jugak Embak memuat turun bahan dari Internet. Isnin ni genaplah sebulan Embak melanggan Celcom Broadband dengan bayaran RM68 sebulan untuk 4GB.Dan Isnin jugaklah Embak nak pegi tamatkan langganan ini. Berlagak, sebab tadi kontraktor Telekom dah call buat appointment nak pasang Streamyx esok. 

Wee wit. Unlimited download at 1Mbps, tapi bayarpun kena lah up sikit. Segalanya untuk anak-anak menakan.

Wednesday, April 18, 2012

Jalan Pretty dan lain-lain

People say a picture says a thousand words, so here are some from the trip:
Penanda jalan di Bandar Sri Begawan tinggi-tinggi belaka. nampak tak kepala si Farah di bawah gambar ?

Air Puspa









Depan Masjid Ali Omar Saifuddin (Almarhum ayahanda Sultan Brunei sekarang)

Senjakala








Koncu-koncu Aaron Aziz
The 7-star Empire Hotel at dusk
Heart-shaped rice. Makan pasti jatuh cinta!
                                                                                                   
Da Boss











Brunei Redux

Dua hari dua malam Embak dan 2 orang rakan sekerja berada di Bandar Seri Begawan mengintai peluang perniagaan di sana. InsyaAllah ada rezeki Allah buat kami. Kena rajin sikit.

 Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kesedihan dan dukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu darapada belenggu hutang dan penindasan orang. Ya Allah ya Karim, ya Rahman ya Razak ya Hayyu ya Qayyum. Hanyalah Engkau yang memberi Rezeki. Berilah kami rezeki yang berkat.

Wednesday, April 11, 2012

The Light of Love

Nota: Posting ni sebenarnya Embak dah pernah post dulu. Tapi diperap. Sekarang nak letak balik sebab SAYA SUKA! Btw, today is RI's 30th birthday.

Maaf le, tajuk post ni diomputehkan. Embak takut orang google tajuk popular siri tv tu, tersinggah kat blog Embak. Embak pemalu orangnya. Sesiapa yang nak mengenang semula siri yang tersohor ni, bolehlah layan video-video di bawah ni yang Embak rasa merangkum episod-episod yang terbaik.







Masa siri ni ditayangkan di tv dulu, Embak tak ambik pot pun. Cuma sekali-sekala tertengok sambil lalu dan masa tu dah sebut, sapa mamat tu? Hensemnya. Dan drama ini juga telah mengangkat nama Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz. Sampai kini, belum ada lagi drama Melayu yang boleh celen Nur Kasih.

Sunday, April 08, 2012

Random updates

For lack of a good story to write, here are some facts about my life now:

1. My telepathic friend, Kak Siti used the word "immersed" yesterday to describe what she felt about my being the past few days. She was spot on and am so loving the expression. ( I hope I'll remember in years to come what she was referring to though I am not revealing it here).

2. Nowadays, I feel happy whenever I find the hair that falls from my head is white in colour. Less gray hair the better mah.

3. I know for a fact, my one follower is no longer following this blog.

4. I am considering to install Unifi. At a cost of 149/mth and bonded for 2 years, so in total I would be paying close to RM3,600 for this thing. Money equivalent to 7 days trip to Kashmir or Beijing. Hmm. Pondering.