Monday, May 18, 2015

Day 7: Grand Duchy of Luxembourg

Destinasi pertama hari ini ialah ke rumah kediaman rasmi Grand Duke of Luxembourg yang berada di Luxembourg City. Baginda mempunyai istana yang lebih gah di tempat lain tapi inilah yang digunakan untuk majlis rasmi walaupun ianya terletak di kawasan komersial. Di luarnya sentiasa ada pengawal yang menjadikan ianya satu lokasi mengambil gambar yang menarik!


Askarnya bersaiz sederhana namun tiada siapa berani ceroboh kerana senapang berselimpang di dada.

Berjalan ke destinasi yang berikutnya iaitu Pont Adolphe yang diwartakan sebagai World Heritage Site.


Di sinilah yang dikatakan balkoni corniche paling indah di dunia kerana pemandangannya.


Di situlah tempat selfie yang cantik. 
Luxembourg juga ialah sebuah negara yang kaya-raya. Selain dari jenama besar, mereka juga mempunyai banyak jenama tempatan yang ekslusif yang kita mungkin tidak pernah mendengarnya.
Kami cuma pandang, berselfie dan berlalu.
Kami singgah di kawasan RnR untuk solat dan makan tengahari yang istimewa iaitu Meehoon Tomyam yang memang yum-yum. Masih ingat lagi menu malam tadi? Memang kreatif tukang masak kitarsemula leftovers ke dalam menu yang baru.


Bas meneruskan perjalanan ke Switzerland. Masa perjalanan agak panjang sehingga sempat habis menonton satu video filem di dalam bas. Pemandangan bertukar ketara sekali apabila memasuki Switzerland. Kami melalui sebuah tasik yang besar dan indah dan pemandangan bertambah menarik apabila kami memasuki Lauterbrunnen, sebuah kampung di kaki gunung Jungfrau. Namun pemandangan kurang jelas kerana sudah hampir malam dan hujan pula. Ramalan cuaca untuk esok pun kurang bagus lalu Abu menyarankan agar semua orang berdoa untuk cuaca baik esok.

Apabila memasuki Switzerland, matawang yang digunakan ialah Swiss Franc. Malam itu kami menukar sedikit wang dengan Abu untuk mendapatkan wang untuk bayar air panas iaitu 1/2 Swiss Franc untuk 15 minit, dan wang untuk membasuh pakaian. Tukaran Swiss Franc ke Euro lebih kurang sama, maka Abu menukar terus. Namun di kedai-kedai di sini, mereka mengenakan kadar yang lebih tinggi. Maklumat lanjut tentang pengalaman di Lauterbrunnen akan diceritakan di post yang akan datang.

Day 6: Brussels

Seperti biasa bas bertolak pada jam 8.30 pagi menuju Mini Europe yang terletak di Brussels, Belgium. Sebelum tiba, bas berhenti di Atomium, iaitu sebuah menara replika atom yang dibesarkan 165 billion kali. Ironisnya, bersebelahan Atomium ialah taman Mini Europe yang mempunyai replika bangunan-bangunan tersohor di negara ahli EU yang dikecilkan 25 kali ganda. Bolehlah dikatakan sudah mengelilingi Eropah hanya dengan datang ke sini. Kalau tak silap, tiket masuk berharga 12.20 Euro.


Seperti set lego.

Replika Grand Place, Brussels di musim panas dengan dekorasi bunga-bungaan.
Menjadi soldadu QE tanpa leher di Brussels
Dipaksa bergambar, itulah muka yang sewajarnya.



Selepas makan tengahari (nasi goreng KFC - go figure!), kami dibawa ke Grand Place yang sebenar yang sungguh indah dan agam.




Punny namun ...... menjadi tanda tanya.


Di sini kami mencuba Belgian waffles, dan membeli cokelat dengan packaging yang ekslusif.



Yang dipamer di cermin.

Yang sebenar kami dapat. Ini dia contoh pengiklanan palsu haha! Terus selera hilang 20%.















Bukan Caliph Buskers.
Dumb and Dumber?
Penginapan kami pada hari ini ialah di sempadan Belgium dan Luxembourg. Terpencil dan jalan masuk ke campsite ini dikelilingi rumah-rumah yang seperti dari zaman Perang Dunia Kedua. 

Pandangan pertama. Alamak!
Pandangan di sisi yang lain.
Tetapi di dalamnya sangat selesa.

Dewan makan.

Dalam dewan makan.
Tiada yang memilih untuk berkhemah di sini kerana hujan dan sangat sejuk. Sewa untuk cabin seperti kami yang berkongsi 13 orang tanpa bilik air ialah 5 pound seorang dan kami menyewa untuk satu malam sahaja. Campsite ini menepati "rustic to the tee". Menu dinner ialah nasi dan tomyam ayam.


Pejabat pendaftaran Camp Le Roptai.


Sunday, May 17, 2015

Day 5: Amsterdam

Sarapan pagi ini ialah roti dan jem/nutella. Tepat jam 8.30 pagi, bas bertolak ke destinasi pertama iaitu ke demo pembuatan keju dan terompah di sebuah pekan kecil tak jauh dari campsite.


Di sini saya belajar apa itu "whey" yang saya selalu jumpa di label makanan. Ianya merupakan bahagian yang terpisah dari susu yang dimasak. Bahagian pejal menjadi keju dan yang sisa itulah "whey". Susu dicampur dengan renet iaitu enzim dari usus anak lembu (mereka tidak  menggunakan sumber dari babi). Namun, sejak pergerakan anti-kekejaman haiwan semakin vokal, renet yang banyak digunakan sekarang ialah renet jenis sintetik.



Keju yang dibiarkan di para untuk matang.
Demo pembuatan terompah.

Nampak tak terompah cashier? Selain dari keju dan terompah, kedai ini juga menjual pelbagai cenderahati dan jus ganja! Ya, cannabis tidak diharamkan di Belanda dan dijual di mana-mana dalam bentuk lolipop pun ada.
Peluang untuk berposing banyak di sini.
Destinasi berikutnya ialah taman bunga Keukenhof. Sudah tidak sabar untuk melihat deretan bunga tulip yang masyhur itu. Namun langit sudah mendung dan hujan dijangka akan turun.

Keukenhof dibuka untuk waktu terhad setiap tahun. Tahun ini ianya dibuka mulai 20 Mac sehingga 17 Mei dan temanya pula ialah mengingati 125 tahun kematian artis Belanda yang tersohor iaitu Vincent Van Gogh. Bayaran tiket masuk ialah 16 Euro seorang.

Terdapat lebih dari 7 juta bunga tulip, daffodil dan hycinth pelbagai warna dan rupa ditanam di dalam taman sebesar 32 hektar. Kami diberi  masa 2 jam di sini untuk menerokai taman dan mengambil gambar. Mood sedikit terjejas kerana cuaca sekejap mendung, sekejap redup. 




Memandangkan tema taman ialah memperingati ulangtahun kematian Van Gogh, satu mural menggunakan ribuan bunga tulip dan hyacinth membentuk potret artis itu.  


Mural ini digunakan sebagai selfie background untuk para pengunjung seperti kami. 



Selepas makan tengahari, kami dibawa ke bandar Amsterdam melihat bangunan-bangunannya, melalui lorong "daerah merah" dimana kami dipesan supaya tidak mengambil gambar-gambar di sana sekiranya tidak mahu dibalun oleh Mafia, dan diberi opsyen untuk menaiki cruise. Oleh kerana cuaca mendung dan hujan, tidak ramai yang ikut serta. Kami juga dipesan oleh tour manager, sekiranya mahu minum kopi, masuklah ke "Cafe" dan tidak memilih "Coffee Shop" iaitu tempat menjamu ganja.


Ada lagi kereta yang lebih kecil dari Kancil rupanya.
Gambar-gambar sekitar Rijksmuseum. Sepanjang kami di sini hujan datang dan pergi, maka gambar kurang berseri.



Hampir lengkap gambar kumpulan. Ehsan dari kamera Azizah.
Muzium Van Gogh tutup pula.
Menu malam itu di campsite ialah nasi, ayam goreng Kelana (KFC) dan sayur goreng. Kami makan dengan penuh selera.
Pengurus rombongan merangkap tukang masak in action.