| Khas untuk anak-anak menakan yang di kolej, maklumat berikut sangatlah berguna. Maklumat ini Mak Long cedok dari laman sesawang fomca.org.my. Mungkin penggunaan Panduan #5 tu kurang releven ketika ini sebab kamu semua belum ada kad kreditkan. Pada hemat Mak Long, penggunaan kad kredit perlu untuk berbagai situasi, cuma kita kena pastikan setiap hujung bulan, semua penggunaan dibayar tunai. Mak Long telah patuh pada amalan ini, dan memang tiada masalah. Malah untung sebab dapat tukar mata dengan hadiah/baucer tunai. |
Artikel mula di sini. Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar. Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang. Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau computer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA! Panduan 3: Amalkan tabiat melabur Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan. Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda! Panduan 5: Potong kad kredit anda Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti! Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer. Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus. Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat! Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta? Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan. Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan! Artikel tamat. |
Wednesday, August 22, 2012
10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus
Thursday, August 16, 2012
Festive Greetings from Bandar Tun Razak
To all Muslim readers whose number I know does not exceed the fingers on my hands, me and my guys would like to wish all of you Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Be merry, but don't be naughty.
Tuesday, August 14, 2012
Biskut Kacang
This is my second Biskut Kacang recipe published in this blog; this one courtesy of Kak Ungku. I like this recipe as it uses cups as the unit of measurement. The following ingredients have been adjusted from the original recipe but still the cookies turned out nice.

Ingredients
1 cup corn oil
1.1/2 cups ground toasted peanuts
1 cup castor sugar
2.1/2 cups flour
1 egg
Mix oil with sugar until dissolved. Beat in the egg. Add peanuts and flour to form dough. Bake at 160F, at about 20 minutes. Will yield about 140 pieces, enough to fill a plastic container as in the picture. Cool cookies on a paper towel as it will absorb the excess oil.
How long it took me from start to finish using 8x8 tray and a single rack oven? About 2 hours.

Friday, August 10, 2012
Nuzul Quran & The Night of Qadr
My friend's Arabic teacher, a Syrian, is bemused that
we Malaysians celebrate Nuzul Quran on 17th Ramadhan. He says, Allah has said
clearly in Surah al Qadr that al
Quran was sent down in the night of Al
-Qadr. Here's the translation of the surah:
97. Surah Al-Qadr (The
Night of Decree)
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
3. The night of Al-Qadr (Decree)
is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is
better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
4. Therein descend the angels and
the Ruh [Jibrael (Gabriel)] by Allah's Permission with all
Decrees,
5. Peace! (All that night, there is Peace and Goodness
from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.
So, when is the night of Al-Qadr? In Sahih Bukhari, narrated Ibn ‘Umar: Some men amongst the companions of the
Prophet were shown in their dreams that the night of Qadr was in the last seven nights of Ramadan. Allah's Apostle said,
"It seems that all your dreams agree that (the Night of Qadr) is in the last seven nights, and
whoever wants to search for it (i.e. the Night of Qadr) should search in the last seven (nights of Ramadan)."
In another hadith narrated by 'Aishah, Allah's Apostle said, "Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last ten days of Ramadan."
So, how come Malaysians come to choose 17th Ramadhan as the date to celebrate the decree of al Quran? Another Arabic teacher, a Malaysian, answered that it was based on a weak hadith. Hmm. Hopefully the authorities will fix this error.
Whatever the case may be, lets all observe the remaining days of this Ramadhan to the best of our ability, inshaAllah.
Wednesday, August 01, 2012
To be considered
Here's a suggestion disguised as a question I posed (via Abah) for the Q&A session at our neighbourhood surau.
Question Begins: "Assalamualaikum Ustaz,
Baru-baru ini saya mengikuti kelas tafsir
ayat Al-A’raf 55, yang mafhumnya:
“Berdoalah
kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak
menyukai orang-orang yang melampau batas”.
Antara lain, Ustaz* yang mengajar, menyarankan
agar disampaikan kepada pihak surau dan masjid setempat untuk memberhentikan
trend masa kini iaitu pemasangan bacaan al Quran, zikir dan sebagainya di
pembesar suara selain Azan, kerana ianya tidak dibuat oleh Rasulullah.
Rasulullah hanya menyuruh menguatkan Azan untuk memaklumkan masuk waktu.
Kita
perhatikan sahaja di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tiada laungan kecuali
azan. Dan suara imam semasa solat hanya sampai kepada jemaah, tidak sehingga ke kawasan kediaman.Di Bandar Tun Razak, trend ini sangat ketara
di waktu Subuh. Dan ianya dilakukan oleh hampir semua surau dan masjid. Dikhuatiri
perkara yang kita anggap baik sebenarnya secara tidak disedari mengganggu ketenteraman
orang-orang yang sedang sakit, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Mohon pendapat Ustaz. Terima kasih."- end of question.
The BTR Ustaz's response was non-committal. So it remains to be seen whether *Ustaz Kariman's message make an impact. Or not.
The BTR Ustaz's response was non-committal. So it remains to be seen whether *Ustaz Kariman's message make an impact. Or not.
Saturday, July 21, 2012
Baju baru
Raya ni flat Embak akan berwajah baru, setelah mendapat biaya dari Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih banyak kepada Setiausaha Persatuan Penduduk, Puan Faridah yang telah bertungkus lumus membuat working paper. Pada mulanya, dijangka penduduk akan berkongsi 20% kos; alhamdulillah akhirnya mendapat 100% pembiayaan.
Selain dari cat baru, bumbung dan salur air juga akan diganti. Kos pembaikan dan cat semula hampir berjumlah RM1 juta. Sebanyak 4 blok atau 320 unit rumah flat mendapat menafaat ini.
Flat Embak di Blok C; tinjauan tadi mendapati sekarang sedang di tahap "Base Coat". Blok E dan F telah siap dicat sepenuhnya.
| Blok C di peringkat lapisan asas |
| Blok D - menunggu giliran |
| Blok E dan F - sudah berganti baju |
Flat Embak di Blok C; tinjauan tadi mendapati sekarang sedang di tahap "Base Coat". Blok E dan F telah siap dicat sepenuhnya.
Sunday, July 15, 2012
Yang Molek, Yang Jelek, Yang Pelik
Kisah benar 1:
J, pemuda 20 tahun menalipon saya untuk menempah emas 20g. Sebelum itu saya sudah pastikan yang dia betul-betul tidak memerlukan wang simpanan yang hendak digunakan untuk membeli emas tersebut. Almaklumlah dia masih belajar lagi. Dia kata pasti. Lepas itu dia menyuruh saya menghantar emas tersebut kepada ibu kawannya untuk disimpan. Boleh-boleh dia menyuruh saya meletakkan nama kawannya N dalam invois saya, walhal dia yang bayar. Terus saya bertanya "point-blank". "Awak nak book N ke?" Dia menjawab, "ya!!"
Apabila saya berjumpa dengan ibu N, ibu N menerangkan, beliau dah jumpa dengan J, dan sudah berkenan dengannya. Tapi dia memberitahu kepada J, semuanya terserah pada takdir. Kalau ada jodoh, tentu J dan N akan bersatu. Kalau boleh, biarlah tunggu sehingga kedua-duanya habis belajar. "Nanti kalau tak jadi, bagaimana?" tanya saya. Ibu N berkata, "J kata, emas tu kira rezeki N". Apakah kesudahannya? Nanti Embak akan update kalau ada perkembangan, insyaAllah. Embak sangat kagum dengan J yang berani, confident dan gentleman.
Kisah benar 2:
A, seorang gadis berkawan dengan seorang pemuda Y untuk beberapa bulan lamanya, dan menjadi serius sehingga membawanya berjumpa ibu-bapanya. Tup-tup, A berubah hati dan membatalkan perhubungan mereka. Bukannya sebab A ada kekasih baru. Y, mungkin kecewa, menuntut ganti rugi semua yang pernah dibelanjakan sepanjang perhubungan mereka. A akur, lalu setelah dihitung kesemuanya, membayar balik lebih RM4,000. Sampaikan dish TV yang dipasang di bumbung rumah A oleh Y dituntut agar dibuka dan dipulangkan kepadanya. A offer dish tv yang baru, tapi Y tak mahu. Memang sah, Y sakit hati. Nasib baiklah tak jadi kawin. Embak rasa terjawablah persoalan mengapa A bertindak untuk putuskan hubungan mereka in the first place.
Kisah benar 3:
M berkahwin dengan isterinya Disember lepas. Minggu ini, baru pihaknya membuat resepsi. Oleh kerana ibu bapa M telah membuat keputusan untuk tidak menyusahkan diri mereka, maka M buatlah majlis tersebut sendiri di rumah sewanya. Nasib baik, ibu saudaranya membantu menyiapkan bunga telur dan menempah katering. Ibunya akan datang menaiki bas dari kampung untuk turun meraikan majlis. Bapanya tidak dapat datang kerana urusan perniagaan. Saya bertanya kepada kawan saya iaitu ibu saudara M, samada M anak angkat. Kawan saya menjawab, tidak, anak sendiri! Kalau anda, sanggup buat begitu pada anak anda?
Begitulah 3 coretan hidup orang yang Embak secara tak sengaja telah terkongsi minggu lepas.

Monday, July 09, 2012
Chiang Mai Day 3
After breakfast we decided to explore the eateries around our hotel for authentic tomyam for surely a visit to Thailand would be incomplete without sampling tomyam in its native land. Much to our delight, we found several Halal restaurants in Anusarn Market, which is about 200 meters from our hotel, and all of them have tomyam on their menu. Satisfied with our survey, we returned to the hotel to rest.
Close to 9.30 am, we hailed a songtaew to Robinson's, the local mall which is located near the Airport. The mall opened at 11am, so it was a long wait outside the mall until we grew hot and sweaty. It was a relief when they opened the doors. We did some shopping and returned to the hotel for Zuhur before going back to Anusarn for lunch.
We settled on a Chinese Muslim eatery and quickly set to order garoupa, steamed crab, seafood tomyam, omelette, broccoli and white rice. The tomyam was especially explosive followed by the steamed crab. Suffice to say, we cleaned up the plates save the bones. The bill came close to RM100 which was graciously settled by Sayyida. Thank you sistah.
Our original plan was to go the Queen Sirikit Botanical Garden, but we digressed to the massage centre. The fee for most types of massage/therapy was about half the price charged in Malaysia; between 180-200Baht. That's RM18-RM20 per hour. So, Zack and I signed up immediately for a half-hour reflexology session. We quickly realised that a half-hour was not going to be effective, so we extended to a full hour. Soon Ros joined in. Sayyida decided to skip the activity and returned to the hotel.
Zack's masseur who was the most fluent in English amongst her team-mates kept Zack and l entertained with her stories interspersed with a smattering of Malay words like Sedap? Sakit? Mahu? Tak Mahu? Ros went to sleep immediately after she settled in the recliner, and the massage lady began to work on her feet. The session was tremendous, so all three of us made an appointment for another session later that night. Fed and relaxed, we settled for a siesta in bed. I napped the longest.
Night time, we went to Anusarn for more shopping. Mid-way, we heard the sound of explosives. Above the canopies, up in the sky there was a display of fireworks. I asked one vendor lady what was happening. She said there was a government function, but methinks it's the work of some Americans celebrating 4th of July.
We had to cut short our shopping for our 9 pm appointment at the massage centre. This time all three of us chose back, neck, hand and head massage. No oil was applied, as this was a Thai traditional massage. Suffice to say, it was another enjoyable experience. Something that I would repeat. I attest to the skill of my masseur as I didn't get blue black marks on my body, and I felt great afterwards.
The next day, we caught the 9 am flight back to LCCT and thus marked the end of our 3-day-3-night free and easy vacation in Chiang Mai. Big up to Sayyida, Rosnah and Thai Zaikiah (tee hee) for being such agreeable travel companions.
Close to 9.30 am, we hailed a songtaew to Robinson's, the local mall which is located near the Airport. The mall opened at 11am, so it was a long wait outside the mall until we grew hot and sweaty. It was a relief when they opened the doors. We did some shopping and returned to the hotel for Zuhur before going back to Anusarn for lunch.
We settled on a Chinese Muslim eatery and quickly set to order garoupa, steamed crab, seafood tomyam, omelette, broccoli and white rice. The tomyam was especially explosive followed by the steamed crab. Suffice to say, we cleaned up the plates save the bones. The bill came close to RM100 which was graciously settled by Sayyida. Thank you sistah.
Our original plan was to go the Queen Sirikit Botanical Garden, but we digressed to the massage centre. The fee for most types of massage/therapy was about half the price charged in Malaysia; between 180-200Baht. That's RM18-RM20 per hour. So, Zack and I signed up immediately for a half-hour reflexology session. We quickly realised that a half-hour was not going to be effective, so we extended to a full hour. Soon Ros joined in. Sayyida decided to skip the activity and returned to the hotel.
Zack's masseur who was the most fluent in English amongst her team-mates kept Zack and l entertained with her stories interspersed with a smattering of Malay words like Sedap? Sakit? Mahu? Tak Mahu? Ros went to sleep immediately after she settled in the recliner, and the massage lady began to work on her feet. The session was tremendous, so all three of us made an appointment for another session later that night. Fed and relaxed, we settled for a siesta in bed. I napped the longest.
Night time, we went to Anusarn for more shopping. Mid-way, we heard the sound of explosives. Above the canopies, up in the sky there was a display of fireworks. I asked one vendor lady what was happening. She said there was a government function, but methinks it's the work of some Americans celebrating 4th of July.
![]() |
| Bright lights inside and outside Anusarn night market. |
The next day, we caught the 9 am flight back to LCCT and thus marked the end of our 3-day-3-night free and easy vacation in Chiang Mai. Big up to Sayyida, Rosnah and Thai Zaikiah (tee hee) for being such agreeable travel companions.
Saturday, July 07, 2012
Chiang Mai Day 2
We took our breakfast very early as we were going up north to Chiang Rai, which is 175 km away from Chiang Mai. For this trip, we have decided to engage Mr Mustafa of the day before instead of joining a tour group. Not only was it cheaper, but we figured only a Muslim brother would know how to care for his Muslim sisters. We heard Mr Mustafa said that along the way, we would stop at several places like the something something hot spring, then at a site where the famous white temple is, then the tribal village, then the Golden Triangle, and finally Mae Sai. Undoubtedly, we would return to Chiang Mai very late at night.
So that's what we did on Tuesday 3rd July, 2012. Here are some pictures:
Indeed we reached Chiang Mai at about 10pm. We were too exhausted to do anymore night marketing, so we retired to our bed almost immediately. Thanks ladies, for a wonderful sharing of stories and fart banter throughout the journey. Mr Mustafa must have thought us nutty.
So that's what we did on Tuesday 3rd July, 2012. Here are some pictures:
| 20 Baht for one basket of eggs to boil in the hot spring |
| Of course we got weird stares from the locals for stopping and posing at a signboard |
| Wat Rong Khun or the White Temple, a modern architecture, a work still in progress |
| This mosque belongs to a Muslim community in which we had our lunch. That car is a Pesona. |
| Traversing the tribal village with a walking stick. |
| With an Akha girl. She speaks English. |
| A Lahu girl with her grandmother |
| Sayyida offering her sympathy to the Karen woman. Or was she offering to scratch her neck? |
| With the Palong "Big Earings" people |
| A jump shot outside the tribal village showcase. Note to self: I must procure a better camera. |
| At the confluence of three countries; Mynmar, Thailand and Laos, thus the name the Golden Triangle. At one time this place was notorious for opium smuggling. Oops, forgot to suck in the tummy. |
| In Mae Sai, the most northern city of Thailand at the border of Mynmar. The blue gate in the background is the Immigration point. |
Chiang Mai Day 1
Our AK816 flight to Chiang Mai was scheduled to depart the LCCT at 7.00 am, but the moment the plane backed off from the runway, I smelled fumes, then the engine started to gurgle. The Captain announced that he could not proceed and had to call for an inspection. After some minutes, he came back on the PA system saying that the plane was found unfit to fly and we had to change plane. The suitable replacement was on its way from Penang, so we the passengers waited patiently. It's better to wait than to have our remnants strewn out from the stratosphere of Malaya right? Finally we took off at 8.30am, so the wait wasn't too long.
We reached Chiang Mai some three hours later. We took a cab from the airport that cost us 150 baht, which my head immediately divided by 10 to gauge it in RM. The driver introduced himself as a Muslim and his Muslim name was Mustafa. He responded to our salam and he said inshaAllah, but we were fully convinced when he showed us the picture of his wife and daughter wearing hijab.
The tiny hotel that we booked was nice enough. The receptionist gave directions to a "halal" restaurant even though she was vague about what "halal" or Muslim mean. The first "Muslim" looking restaurant that we saw was an Israeli restaurant-- what nerve!! We marched on until we saw an Arabic Restaurant right across Shangri-la hotel. It was a decent lunch that cost us 700 baht.
We had a rather embarrassing experience with the tuk-tuk on the way back which I will not elaborate, no thanks to one guy named U-Soop Mad-alee, phone number 085-0385846. Be wise to avoid this opportunist if you ever come to Chiang Mai.
After Zohor, we went out to Warorot market; that's the day market that the locals go to for their supplies, a place usually overlooked by tourists. I got my supply of yarn (for shawl project, inshaAllah) while my friends got their supply of lychees and mangoes. Then we chartered a van for 200 baht to take us to a Thai silk factory, decisively skipping the silver and gems factory. My three companions came out of the store beaming with metres of silk material for their baju raya.
We took our dinner at the hotel before going out on foot to the night market some metres away from our hotel. Got our souvenirs and stuffs to bring home. We noticed a few Muslim vendors from their attire. And of course we bumped into other Malaysians and Arabs. But surprisingly no Indonesians. Not even one during the entire stay which is surprising as I had always met them during my trips in other parts of the world save Japan. By the way, the time in Chiang Mai is minus one hour from Malaysia.
One thing that I made sure I did on the first day was to pose a'la RITZ in the modified van called songtaew (means 2 rows). These are Chiang Mai's bus and taxi service rolled into one. So, my fellow travel buddies, now you know. Ta daa. Hehehe.
We reached Chiang Mai some three hours later. We took a cab from the airport that cost us 150 baht, which my head immediately divided by 10 to gauge it in RM. The driver introduced himself as a Muslim and his Muslim name was Mustafa. He responded to our salam and he said inshaAllah, but we were fully convinced when he showed us the picture of his wife and daughter wearing hijab.
The tiny hotel that we booked was nice enough. The receptionist gave directions to a "halal" restaurant even though she was vague about what "halal" or Muslim mean. The first "Muslim" looking restaurant that we saw was an Israeli restaurant-- what nerve!! We marched on until we saw an Arabic Restaurant right across Shangri-la hotel. It was a decent lunch that cost us 700 baht.
| Lilu Hotel reception hall |
| Outside the massive Warorot market |
| My travel buddies with their silk haul. |
One thing that I made sure I did on the first day was to pose a'la RITZ in the modified van called songtaew (means 2 rows). These are Chiang Mai's bus and taxi service rolled into one. So, my fellow travel buddies, now you know. Ta daa. Hehehe.
Sunday, July 01, 2012
Chiang Mai Beckons
It calls out "Mai! Mai!" And so I'm going. I'll (try my best) be off the the internet for a few days; hopefully I come back a better tuned , balanced person and perked up and be more enthusiastic about work. And not take an extra day leave upon my return ha ha. So, see ya.
Saturday, June 30, 2012
Desperately seeking ..... kuih
We have a potluck party today and I was assigned to bring kuih-muih Melayu. It is going to be a small gathering of 15 people, so I thought this one would be kacang.
But no! It wasn't easy. I went to the local wet market and food court. I wanted to place an order but my neighborhood kuih sellers insisted on a minimum order of 50 pcs or a loyang . And they only made karipap and pulut panggang, or whatever. I asked for kuih cara, they said, no can't do. Alhamdulillah, a friend brought some kuih to the office last week, and they all tasted nice. She said she bought it from ....a Mobil petrol station off Jalan Burhanuddin Helmi. So I scurried over and to my delight, there were many types to choose from.

So for today's makan, I have just collected my order for kuih kole kacang, seri muka and cara berlauk. They look nice, they taste wonderful-- so I don't mind paying. Seriously, this kuih business can be taken on if anyone is looking for an idea. Indeed, there is a market for it.
Subscribe to:
Posts (Atom)