Thursday, August 31, 2006

Merdeka ke 49


Salam Merdeka ke 49 untuk pembaca-pembaca blogku (yang terdiri dari adik-adik dan anak-anak menakan). Gambar ini diambil dari bilik Embak, menunjukkan bumbung baru. Jika diamati di tengah-tengah foto ini ada Jalur Gemilang yang dipasang oleh Abah, seperti setiap tahun. Penat Embak tunggu bendera tu berkibar, tapi angin sepoi-sepoi bahasa sahaja.

Rumah-rumah di Taman Embak ini sudah 28 tahun umurnya, maka sudah sampai masanya bumbung-bumbung diganti baru. Sebenarnya, Embak siarkan gambar ini khas untuk Ayie yang khabarnya sedang kerinduan. Hang in there, Bro dan selamat bercuti semua!

2 comments:

Anonymous said...

i also hang the malaysia flag a week before merdeka dekat depan rumah.dok berkibar selalu kerana angin kuat. unfortunately it is the one and only malaysia flag in this neighbourhood. i got an sms saying "hai, bendera malaysia aja?" apa maksudnya pun taklah kufahami. a neighbour come to me and say "nampaknya awak sorang yang patriotik kat lorong ni". semoga kita terus merdeka.... jasad dan minda!

Anonymous said...

thanx upload pic tuh ...