
12-14 September yang lalu, Embak, mak, abah dan Linda melancong ke Langkawi. Aik, koma-koma mesti kata, asyik berjalan je Embak ni, tak kerja keeeee? Jangan jeles ya. Sebenarnya abah yang berhajat nak pergi ke Langkawi sangat-sangat. Mula-mula ajak mak, mak tak mahu ikut. Abah hampir ikut rombongan Pakcik Misai naik bas reramai ke Langkawi, punyalah kepingin sangat. Itu yang buat Embak aturkan trip ini khas untuk Abah. AirAsia pun ada offer tiket RM19.99, Chik dan isteri pulak sponsor penginapan; kiranya trip ni dah dapat 50% diskaun.
Kami sewa kereta sebiji dan berbekalkan peta, kami puas ronda satu pulau. Kami juga ikut bot island-hopping, cuma mak sahaja yang tak dapat naik ke pulau-pulau Dayang Bunting dan Beras Basah sebab tangga jeti tinggi dan cerun. Gambar di atas ialah pandangan dari bot memandang ke Pulau Dayang Bunting, menanti penumpang-penumbang bot kami. Di Pulau Singa, kami dapat lihat pertunjukan helang-helang terbang dan terjun mencecah air. Embak enjoy betul show ini sebab ianya semulajadi, macam ikan-ikan lumba di laut off Lovina, Bali. Embak dapati di Langkawi tempat-tempat tumpuan pelancong dah banyak yang "tacky" dan "contrived", contohnya Oriental Village dan Kota Mahsuri.
Di Pulau Beras Basah yang pasirnya putih dan halus, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dan perjalanan balik kami ke Langkawi tersangatlah choppy, tetapi tersangatlah seronok. Kami basah kuyup, terpaksa balik ke apartment untuk salin baju sebelum keluar balik meronda Langkawi.
Abah enjoy habis, tapi mak dah swear off melancong. Embak faham, she has mobility problem. But for Abah, he's already thinking about Sabah.
1 comment:
wah wah wah abah .. bukan main lagi yer .. hehe, best2. ingt nak balik mesia gak nih ..
Post a Comment