Thursday, February 15, 2007

Merapu, meraba.

Hari ni, Embak dipaksa tukar ke format baru. Tak tahu lagi apa kelebihannya, tapi sebab dah lama tak post berita, Embak cerita dulu, sebelum intai apa yang bagusnya format baru ini.

Semalam, Embak habis membaca buku A Civil Action, oleh Jonathan Harr berkenaan kisah benar seorang peguam, Jan Schlichmann yang berjuang membela pelanggan-pelanggannya dalam satu suit melawan 2 syarikat besar dalam kes pencemaran pada tahun 80an. Embak ingat, ceritanya berakhir dengan kegembiraan, tetapi sebab ianya kisah benar, tak bolehlah pengarang membuat cerita sendiri. Walaupun akhirnya, Schlichmann berjaya mendapatkan pampasan untuk pelanggan-pelanggannya, tetapi dia menjadi bakrup. Buku ini sarat dengan proses perundangan dan prosiding di mahkamah. Penat membacanya.

Bila di "google" nama peguam ini, Embak lega yang dia kini kembali menjadi peguam, dan telah berkeluarga. Kisahnya telah dijadikan filem dengan wataknya dilakunkan oleh John Travolta. Ebert memberi 3 setengah bintang untuk filem ini.

Mulai 3 Februari, sebaiknya baik demam, Embak telah mulai kelas nurseri lanskap di UPM. Ini yang buat Embak teruja ni. Lima kali sahaja kursus ini yang akan berakhir pada 3 Mac ini, yang kebetulan Hari Lanskap Negara. Sekarang memang tengah kemaruk subjek ini.

Rancangan TV yang Embak ikuti sekarang ialah American Idol. Cuba juga nak tengok Heroes, dan Gray's Anatomy, tapi tak gi lah. Akhirnya Embak tengok balik DVD House MD Seasons 1-2. Tiada yang setanding siri House ini. Bilalah AXN nak mula siarkan Season 3?

Itu sahajalah rapuan ku ini. Oh, sebelum tu, Embak nak cerita, satu hari di masjid subang jaya, Embak terdengar sekumpulan budak perempuan sekolah agama bercerita, in disgust tentang seorang ustaz yang suka meraba. Mereka menggelarnya "Rubber Tapper".

No comments: