Monday, April 23, 2007

Soul Nourishment

Setiap hari Ahad, insyaAllah Embak mengaji Aqidah di Persatuan al Hunafa di Taman Tun. Kelas ini dibimbing oleh seorang lecturer in Islamic Thoughts di UIA. Ustaz ini berasal dari Uganda dan telah menetap di Malaysia 12 tahun. Muda lagi orangnya, awal 30an dan berkahwin dengan muslimah Aceh dan mereka mempunyai 3 orang anak.

Embak suka cara dia mengajar, (he speaks 12 languages!) sebab lain dari ustaz-ustaz yang biasa Embak tengok di tv atau dengar di masjid/surau. Adik Embak yang bongsu kata, style ustaz ni ialah salafi, iaitu berasaskan hadis dan alQuran. Dan yang istimewanya kelas di al Hunafa diikuti oleh berbilang bangsa yang baru memeluk Islam dan lama/lahir sedia Islam.

Baru-baru ini Ustaz memulakan topik baru iaitu pengenalan terhadap Sunnah, yang mana pada minggu-minggu mendatang akan membawa kepada topik Bid'ah. Sebagai mukadimah, ustaz memberi beberapa contoh hadith salah yang telah digunapakai sehingga mendatangkan bid'ah.

Pernah tak dengar orang cakap, "Bukan dari umat Nabi kalau tak berkahwin"? Satu lagi, "kalau anak tu anak luar nikah, tujuh keturunannya tak masuk syurga"? Embak pernah.

Kedua-duanya tak betul. Yang pertama tuh, Uztaz kata ada imam terkenal (kalau tak silap Imam Nawawi) yang tak berkahwin kerana sibuk dengan ilmiah. Kalau betul Nabi ada cakap sedemikian, tentulah Imam tu akan berusaha kahwin, ya tak?

Yang kedua tu, bercanggah dengan ayat dalam alQuran (tak catit pulak ayatnya). In essence, ayat tu menyatakan, untuk setiap individu setiap amalan yang dibuatnya, dan dia tak akan disoal mengenai amalan orang-orang lain.

Bercakap mengenai kahwin, ustaz kata ianya boleh jadi wajib, harus, makruh, dan haram. Makruh, kalau si suami berkahwin dengan harapan menumpang gaji isteri, haram kalau dia akan memudaratkan isteri.

Banyak pelajaran Embak dapat dari kelas-kelas Ustaz ni. Yang mengobat hati dan menjadi pedoman, dan banyak benda yang dah lupa diingatkan balik. Embak banyak terimakasih pada kawan Embak yang mengajak hadiri kelas ni, walau pada mulanya Embak keberatan. Alhamdulillah, sebab beri Embak kekawan yang baik-baik.

No comments: