Semalam semasa berjalan balik dari Tasik Permaisuri, kasut Bata Embak berbunyi "pelepek-pelepek". Rupa-rupanya tapaknya dah renggang. Inilah dia padahnya kalau beli semasa jualan murah. Dari pengalaman Embak, inilah hakikatnya. Kalau beli beg tangan, dompet atau kasut, janganlah beli yang diskaunnya lebih dari 30%. Nescaya stok lama, yang takkan tahan lama. Macam beg tangan, Embak dah kena banyak kali. Koyaklah, gelung besi terpatahlah, merekahlah, gam terkeluarlah, dsb. Kasutpun sama.
Jadi, janganlah ghairah kalau diskaun 50%. Yang 70% tu lagilah, stok dah 10 tahun agaknya. Yang berbaloi beli kalau diskaun banyak ialah buku. Ni dah bulan Jun; tak lama lagi Payless Bookstore akan adakan warehouse sale lagi sebab menurut Max, staff PB, mereka adakan sale setiap 3-4 bulan sekali.
Bulan depan, khabarnya Megasale seluruh Malaysia akan diadakan selama sebulan, jadi berhati-hatilah bila membeli-belah. Biar menang membeli, menang memakai.
Tuesday, June 12, 2007
Wednesday, June 06, 2007
Pak Lah kawin lagi

Tahniah kepada Jeanne Abdullah kerana berjaya menawan hati Pak Lah. Kayaknya Pak Lah suka pada bukan Melayu sebagai isteri. Dulu Arwahpun separa Melayu. Embak pun sebenarnya 1/4 Cina, layak jadi calon. Walaupun tak hantar permohonan, hati ni rasa kecewa juga, sama masa Jamal Abdillah kahwini Dee dua dekad dulu, M.Nasir kahwini Marlia dan yang terbaru Raja Nazrin kahwini Zara.
Sesuai betul buat Jeanne ya, dia dibinti Abdullah, jadi tak kekok kalau orang sebut Mrs Abdullah. Cubalah bayangkan, kalau Embak yang Pak Lah pilih. Ramailah kawan lama telefon.
Sesuai betul buat Jeanne ya, dia dibinti Abdullah, jadi tak kekok kalau orang sebut Mrs Abdullah. Cubalah bayangkan, kalau Embak yang Pak Lah pilih. Ramailah kawan lama telefon.
Bonding Time at FRIM

Kami bermula di tasik yang menempatkan sepasang “arapaima” atau ikan naga yang berukuran 5 kaki. Selepas itu kami berhenti sekejap di rumpun buluh gergasi yang berasal dari Myanmar. Embak berlagak sebagai pemandu pelancung gitu. Selepas itu trek yang sebenar bermula. Menurut peta, kami akan mendaki hutan sejauh 1 km sebelum sampai ke jambatan gantung. Ada juga anak-anak menakan yang mengeluh sebab penat – iyalah, first time masuk hutan. Embak beri mereka kata-kata semangat.

Kami berhenti rehat dua tiga kali juga. Embak pun sebenarnya dah terasa semput; by this time posisi embak dah bertukar ke belakang sekali. Kami lega bila akhirnya kami sampai ke jambatan gantung. Umur minima untuk pelintas jambatan ini ialah 7 tahun, jadi semua ahli rombongan Embak layak. Jauhnya dalam 200m dan ketinggian 30m dari bumi. Ada anak menakan yang “beku” di tengah-tengah jambatan, tapi abang sepupunya bantu dari belakang. Embak bangga semuanya berjaya sampai ke penghujung tanpa menangis.
Selepas itu kami menuruni bukit untuk ke air terjun sejauh 500 meter. Masa ni semua orang dah gembira sebab menuruni bukit kurang perlu tenaga seperti mendaki, Cuma perlu pasang brek lebih sebab licin. Bila deru air terjun mula kedengaran, anak-anak menakan dah bising kegembiraan. Trek tu sepatutnya mengambil masa satu setengah jam; kami cipta 2 jam - kira oklah.

Subscribe to:
Posts (Atom)