
Kami bermula di tasik yang menempatkan sepasang “arapaima” atau ikan naga yang berukuran 5 kaki. Selepas itu kami berhenti sekejap di rumpun buluh gergasi yang berasal dari Myanmar. Embak berlagak sebagai pemandu pelancung gitu. Selepas itu trek yang sebenar bermula. Menurut peta, kami akan mendaki hutan sejauh 1 km sebelum sampai ke jambatan gantung. Ada juga anak-anak menakan yang mengeluh sebab penat – iyalah, first time masuk hutan. Embak beri mereka kata-kata semangat.

Kami berhenti rehat dua tiga kali juga. Embak pun sebenarnya dah terasa semput; by this time posisi embak dah bertukar ke belakang sekali. Kami lega bila akhirnya kami sampai ke jambatan gantung. Umur minima untuk pelintas jambatan ini ialah 7 tahun, jadi semua ahli rombongan Embak layak. Jauhnya dalam 200m dan ketinggian 30m dari bumi. Ada anak menakan yang “beku” di tengah-tengah jambatan, tapi abang sepupunya bantu dari belakang. Embak bangga semuanya berjaya sampai ke penghujung tanpa menangis.
Selepas itu kami menuruni bukit untuk ke air terjun sejauh 500 meter. Masa ni semua orang dah gembira sebab menuruni bukit kurang perlu tenaga seperti mendaki, Cuma perlu pasang brek lebih sebab licin. Bila deru air terjun mula kedengaran, anak-anak menakan dah bising kegembiraan. Trek tu sepatutnya mengambil masa satu setengah jam; kami cipta 2 jam - kira oklah.

No comments:
Post a Comment