Buat dua minggu berturut-turut, Embak telah diberi kepercayaan mengajar Pengurusan Kewangan Peribadi kepada pelatih-pelatih Khidmat Negara di dua kem. Satu di Negri Sembilan (gambar) dan semalam di Selangor. Tak bolehlah cerita dekat mana sebenarnya sebab sensitif - Embak nak komen pasal perbezaan kualiti kedua-dua kem tersebut!
Pelatih-pelatih di kumpulan ketiga ini (Jun-September) rata-rata adalah dari remaja 18 atau 19 tahun yang keciciran pelajaran, majoritinya dah bekerja dan ada yang dah berkahwin. Ada yang di antara mereka buta huruf, dan ada yang tak pandai berbahasa Melayu. Bayangkanlah cabaran nak bercerita pasal bajet, matlamat kewangan, simpanan dan perbankan!
Dengan pra-tanggapan yang rendah, Embak dengan perut yang senak pergilah mengajar di kem yang pertama, iaitu di Negri Sembilan. Sejumlah 160 orang pelatih semuanya. Walaupun ada segelintir pelatih yang tidak ambil pusing dalam kelas, Embak puas hati dengan yang selebihnya sebab semangat dan tumpuan yang mereka berikan melebihi jangkaan. Embak tengok suasana di kem amat menyenangkan, penuh dengan disiplin dan pelatih-pelatih secara umumnya gembira di sana.
Dengan pengalaman dari Negri Sembilan, Embak agak selesa untuk mengajar di kem berikutnya. Rama-rama dalam perut dah kurang sikit. Kali ini Embak adakan kuiz bersama cenderahati untuk lebih menarik minat para pelajar. Kali ini bilangan pelatih lebih sedikit, 192 orang. Cukuplah Embak rumuskan yang pengalaman di Selangor tidaklah semanis di Negri Sembilan. Kali ini Embak rasa kurang puas! Pada hemat Embak, kualiti remaja yang akan keluar dari kem yang di Negri Sembilan itu akan jauh lebih baik dari kem yang satu ini di Selangor. Pucuk pangkalnya ialah kualiti kepimpinan di dalam kem itu sendiri.
Komandan kem yang pertama menunggu hingga Embak tiba pada petang Jumaat itu sebelum beliau berangkat balik untuk bercuti hujung minggu ke rumah beliau di Kuala Lumpur. Sepeninggalan beliau, timbalan komandannya sentiasa di sisi Embak, melihat anak-anak buahnya belajar. Tetapi komandan di kem yang lagi satu langsung tiada kelibatnya, begitu juga dengan timbalannya. Sepanjang Embak berada di kem, Embak dibantu oleh para jurulatih yang sebenarnya sebelum ini tidak tahu-menahu akan kedatangan Embak. Hakikatnya, komandan dan timbalannya tidak komited pada kem, maka tercerminlah kekurangan dedikasi mereka pada suasana di kem itu sendiri. Disiplin para pelatih amat lemah, sampaikan semasa dalam kelas Embak ada pelajar yang nak bertumbuk! Begitulah, lain padang, lain belalang. Apapun, Embak gembira sebab dapat peluang melalui pengalaman di kem Khidmat Negara. Ada satu lagi kem yang akan Embak lawati bulan depan iaitu di Perak. Apa pulak yang menanti Embak... akan diceritakan nanti.

No comments:
Post a Comment