Saturday, August 09, 2008

Akhlak Muslim - Sebaran Berita

Untuk ingatan pada diri Embak dan pembaca. Dari kuliah Ustaz Kariman, Darul Ta'lim 8 Ogos, 2008.

An Nisaa' Ayat 83 yang mahfumnya:

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)."

Antara pengajaran dari ayat ini:

1.Tidak wajar menyebar apa-apa berita, baik yang positif atau negatif sebelum diketahui kesahihannya. Haruslah berhati-hati dalan amalan "forward-mengforward" sms atau emel yang sudah menjadi kelaziman sekarang.

2. Hendaklah merujuk kepada Rasulullah atau Ulil Amri pada zaman dahulu mengenai kesahihan berita. Masa sekarang hendaklah dirujuk kepada Kerajaan atau badan-badan yang diberi kuasa, contohnya Jakim, RTM dll.

3. Hendaklah menahan diri dari menyebar berita yang benar (apatah lagi yang tidak) sekiranya dikhuatiri berita tersebut akan membawa keresahan/kekacauan awam.

Wallahu a'lam. Allah jua yang lebih mengetahui.

No comments: