
Akhir-akhir ni Embak pula kena "Damage Done", bertimpa-timpa. Dua minggu lepas, tayar kereta Embak pancit. Kereta dan Embak tersadai di tepi Federal Highway dekat 2 jam jugak sebelum trak tarik datang. Masa tu damage done seratus empat puluh ringgit. Sabtu baru-baru ni, tayar yang lain pulak pancit. Nasib baik dah dekat dengan kedai tayar. Sebenarnya, Embak dah lama tak tukar tayar; dah banyak tahun jugak Embak bukan setakat gasak malah lanyak sampai haus. Apatah lagi shock absorber yang tak pernah ditukar sejak sebelas tahun lalu. Spark plug pun Embak boleh pakai sampai pecah. Kiranya Embak dah perah habis-habisan hayat parts kereta. Bukannya sengaja, sebetulnya tak ambil pot. Bila mekanik rekomen Embak tukar semua, Embak pun bulatkan hati, ikut saja walaupun lumayan damage donenya; kena seribu empat ratus tiga puluh ringgit!
Pagi tadi, dalam Embak bergegas nak ke kursus satu hari, kereta Embak enggan nak mula. Aisey, baterilah pulak kong. Damage done lagih. Mekanik Embak kata, tukar aje kereta, kurang sakit kepala. Embak sengeh. Sekali-sekala fening boleh tahan lagi. Tapi fening setiap bulan bayar ansuran kereta, Embak tak sanggup. Patutnya dia gembira, orang macam Embak dok berulang ke woksyop dia. Rasanya akan bertahan dengan Iswara antik nih. Sesiapa yang kesiankan Embak, boleh belikan Embak yang dalam gambar atas tu sebijik. Pastu, Embak kena carik sorang untuk taja belanja aelenggaranya pulak..
1 comment:
Salam,
Amboi, nak mintak sponsor bukan calang-calang jenama. Pakai aja yang sediada tu - bagi perhatian lebih sikit, setidak-tidaknya selimutkan pada waktu malam. Tak kena embun, taklah semput.
Post a Comment