Diambil dari email kawan Embak Ray, tuan Pak Malim, kucing yang alim. Embak belum cuba jadi tak tahu keberkesanannya, tapi Embak suka nak cuba sebab Embak tak tahan bau spray Baygon, Ridsect dan seumpanya.
1. Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilap betul-betul dgn air dan sabun.
2. Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun
Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
3. Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
4. Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masaalah lipas.
2 comments:
Salam,
These I've got to try. Pun tak tahan dengan bau lipas dan bau racun-racun semprotan.
Pernah ter-try yang nombor tiga tapi bila dah dua tiga teperangkap, tak terulang pula prosedur tersebut sebab tak terfikir pula lipas tu tak boleh keluar; ingatkan dia kekenyangan dengan lebihan soy drink tu...
_deli, tadi I spray lipas dengan air sabun Dettol , tak mati pun, dia terbang adalah.
Post a Comment