Baru-baru ini Embak berjumpa dengan seorang pelanggan lama, Puan E. Sebelum berbual bisnes, seperti biasa kami bercerita perihal keluarga dan semasa. Sampailah ke satu topik yang menjadi aspirasi PM Najib; Satu Malaysia. Puan E jelas tak setuju dengan aspirasi ini; katanya ini hanya untuk menjaga hati kaum bukan Melayu dan menidakkan hak keistimewaan Melayu. Embak kata, jangan risau, PM tak akan buat benda ni secara mendadak. Puan E berkata, anak sulongnya telah dimasukkan ke Sekolah Yayasan Saad di Melaka. Yang mendukacitakannya ialah dia dikenakan yuran sepertimana pelajar-pelajar bangsa bukan Melayu hanya sebab beliau dan suami bergaji lumayan. Anaknya telah bekerja keras untuk melayakkan dirinya ke sekolah tersebut. Sebagai ibubapa, Puan E berkata, mahu tak mahu , dia dan suami kena berbelanja RM20,000 setahun untuk membayar yuran. And I went like, WTH is this lady talking about? Kalau tak nak bayar yuran mahal, hantar saja ke sekolah biasa, atau sekolah berasrama kerajaan. Tak payah nak komplen.
Embak dengan secara diplomasi berkata, saya rasa sistem meritokrasi ini baik untuk Malaysia. Jadi semua orang akan berkerja lebih keras, lebih produktif. Orang Melayu yang selama ini mendapat hak istimewa kenalah baiki diri; lama kelamaan jati diri juga akan meningkat dan mertabat Melayu akan bertambah baik. Sampai bila orang Melayu nak menidakkan hak bangsa lain yang telah turun-temurun di Malaysia. Orang Melayu juga asalnya bukan dari Tanah Melayu. Saya juga berdarah campuran. Puan E pun cakap, dia juga berdarah campuran, tapi, blah, blah, blah……(masih tak setuju).
Embak pelik sebab kalau yang bercakap tu orang kampong yang tak bersekolah tinggi, Embak paham, tapi ini Puan E yang telah mengecapi nikmat DEB semasa kecil, ditanggungi kerajaan hinggalah ke peringkat universiti. Dan sekarang berjawatan bukan calang-calang di sebuah GLC. Bukankan beliau sepatutnya tidak lagi tergugat apabila biasiswa mula dibuka kepada anak-anak bangsa bukan Melayu yang miskin? Belum 100 peratus pun, masih pada peratusan yang rendah.
Siapa kata Malaysia ialah hak bangsa Melayu sahaja?
Kita menunding jari pada orang putih di Amerika apabila mereka meminggir golongan kulit hitam dan minoriti lain. Apa kurangnya orang Melayu apabila menidakkan hak bangsa-bangsa lain di Malaysia? Kalau kita yakin bahawa setiap rezeki datang dari Allah,"insecurity" orang Melayu tak timbul. Allah juga sangat suka sekiranya kita berlaku adil.
Tahun lepas, kawan Embak, sepasang orang Melayu yang beranak pinak di Amerika memberitahu anak sulong mereka diterima masuk ke Standford dengan biasiswa penuh universiti. Kalau Puan E di Amerika tentunya dia juga mahukan anaknya diberi hak saksama seperti orang Amerika. Itu contoh terbaik meritokrasi. Nampaknya keadilan di Amerika telah bertambah baik. Ayuh Melayu, masa untuk berada di "comfort zone" telah tamat.
2 comments:
Salam.
1Malaysia! Bukan tak setuju, tapi bukan sekadar kelingking sahaja yang berkait berbanding telunjuk yang lurus, ibu jari kaki pun turut tersimpul.
Dalam kusut, daku mengagak apa yang dikau katakan ialah biarlah tiada 'double-standard' dalam 1Malaysia,tak gitu?Harap-harap gitulah. Kalau tak, sampai bilapun Melayu merengek dalam keistimewaan.
Post a Comment