Berbohong adalah penyakit yang akan lekat melepasi alam barzah hinggalah hari kebangkitan. Kalau penyakit-penyakit lain, semuanya akan lenyap setelah mati, tetapi tidak berbohong. Banyak ayat-ayat alQuran yang menyatakan apabila di hari kiamat, orang-orang yang berdusta akan terus berdusta walaupun mereka tahu tiada gunanya mereka berbohong ketika itu. Salah satu contoh ialah ayat Al An'aam 23-24.
Dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa terdedah kepada "peluang" untuk berbohong. Menyebarkan berita yang kita belum tahu kesahihannya dengan meng"forward"kan emel atau sms adalah satu benda yang dianggap remeh, tapi hakikatnya ini adalah pembohongan. Dengan kecanggihan teknologi, pembohongan akan tersebar "exponentially". Akibatnya, "exponential" jugalah markah pembohongan kita. Begitu juga dalam kita melayani anak-anak, kadang-kadang kita menjanjikan sesuatu tapi tidak kita tunaikan. Ini juga dicatat sebagai pembohongan!
Nampaknya dosa ini remeh, atau "hayyin" tapi ingatilah, dari hadis-hadis nabi, Rasulullah telah menceritakan bagaimana seorang wanita masuk syurga dengan perbuatan yang "remeh" iaitu dengan memberi minum air kepada anjing yang kehausan. Juga seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana dosa "hayyin" iaitu mengurung seekor kucing sehingga mati.
Sentiasalah zikrullah, seperti menghayati kebesaran Allah melalui ayat-ayat yang diturunkan dalam al Quran juga "Aayat" iaitu ciptaannya. Seperti merenung pokok cili di laman anda. Di sebelahnya pohon tebu. Bagaimana dari tanah yang sama, persekitaran yang sama, satu pokok boleh pedas dan satu lagi manis, dan tidak pernah bercampur rasa kedua-duanya. Subhanallah! Dengan zikrullah, hati akan menjadi lembut, lantas lidah tidak lagi segan menyebut yang hak dan akan berat untuk berbohong.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment