Friday, November 19, 2010

Radix Fried Chicken, mai seketoi!


Setelah sekian lama mendengar pujian mengenai francais ini, semalam Embak berpeluang makan di kedai RFC pertama di Malaysia, iaitu di Sg. Petani. Mungkin semalam waktu bekerja dan kami tiba pon selepas jam 2 ptg, kedai tersebut lengang sahaja. Tetapi menurut saudara Embak, pada sebelah malam, pelanggan melimpah ruah dan terpaksa beratur panjang.

Menunya semacam dengan KFC, bezanya RFC menggunakan ayam organik dan bahan-bahan keluaran HPA seperti sos cili dan kordialnya. Abah Embak yang sebelum ini belum pernah makan KFC, nampaknya boleh gi dengan makanan segera ini.



Embak punya komen: Sedap! Tengok sahajalah pinggan Embak ini.

Sekarang sudah ada 9 kedai RFC di seluruh Malaysia. Tetapi belum ada lagi di Lembah Kelang. Yang paling hampir ialah di Melaka, berhampran Mydin Mall.

Syabas HPA!

No comments: