Thursday, September 08, 2011

Apa ada dengan air kolah Masjid Ulu



Pada hari Ahad yang lepas, Embak bersama keluarga balik ke Melaka untuk beraya dengan saudara-mara. Terlanjur ke sana, seorang saudara mengirim pesan agar kami ambilkan air kolah Masjid Ulu. Kami sampai di masjid tertua di Malaysia ini yang terletak di tengah bandar Melaka kira-kira jam 11 pagi. Embak duduk dalam kereta sementara wakil kami masuk ke dalam.

Ramai orang rupa-rupanya yang datang ke masjid tersebut walaupun belum masuk waktu Zohor. Dan kebanyakan mereka keluar dengan bekas air. Ternyatalah mereka datang ke situ untuk mengambil air kolah.

Yang Embak musykil, apa yang istimewanya air kolah Masjid Ulu ini? Saudara Embak yang mengirim air tersebut mahukan air itu untuk basuh kakinya yang tidak kuat lagi agar dia dapat berjalan semula. Tak tahulah orang-orang yang lain. Embak sebenarnya sangat takut kalau orang ramai menganggap air itu ada "kelebihan". Bukankah air zamzam di Masjid al Haram sahaja yang bersifat syifa'? Semoga Allah melindung kita semua dari terjebak ke dalam sebarang perbuatan syirik, samada sedar atau tidak.

No comments: