Monday, January 30, 2012

Reflections of a dragon baby



Alhamdulillah tahun ni jiran-jiran Cina di taman sebelah kurang sikit bermain mercun dari tahun-tahun yang lepas. Mungkin kastam berjaya rampas banyak stok mercun. Kali ini sedikit terasa sebab kitaran naga tu datang kembali. Embak yang semacam Cina ni terimbas balik pusingan tahun-tahun naga Embak:

0-12 tahun- zaman kanak-kanak
12-22 tahun - zaman pulun belajar
22-36 tahun - makan gaji
36-48 tahun - sendiri cari gaji
48-60 tahun - ?? Adakah akan jadi Mem, diberi gaji? Tunggu....

Menurut hadith Rasulullah, usia umatnya ialah 60 tahun. Maknanya Embak ada satu kitaran sahaja lagi. Itupun kalau ajal tidak mendahului.

Woody Allen: Everybody wants to go to Heaven, but nobody wants to die.

No comments: