Kami tiba di Heathrow Airport pada jam 1.15 tghari (Malaysian time +7 hours). Namun urusan imigresen dan pengambilan beg mengambil masa lama sehingga jam 3 petang baru kami keluar terminal. Pengangkutan kami, Faiz telah diatur di atas talian untuk bawa kami ke rumah Azie di Hammersmith. Faiz dan Azie adalah jiran dan spouse kepada dua pelajar PhD di London. Mereka menawarkan khidmat teksi dan homestay kepada orang Malaysia yang datang ke London. Rupa-rupanya Faiz telah ada tugasan lain maka yang menjemput kami ialah Saiful, juga jiran Azie. Dalam perjalanan, atas cadangan Saiful, kami singgah di deli halal untuk beli seekor ayam panggang dengan harga 10 pound. Murahnya! kata Zack yang ingatkan, jangan convert!
Tambang teksi pula ialah 50 pound. (JANGAN convert!)
 |
| View from our bedroom |
Azie menyambut kami dengan senyuman di lif. Rupa-rupanya Azie sudah sediakan nasi ayam. Petang itu selepas makan, kami berdua terus terlelap sebab badan masih ikut jam Malaysia yang sudah tengah malam walhal di luar masih terang benderang. Jam 2 pagi, kami celik dan makan "sarapan" (Malaysia sudah jam 9 pagi).
Bangunan di tengah gambar ini menarik perhatian kerana ianya bangunan antik, cantik dan kawasannya luas namun bertembok tinggi dan berdawai kawat. Betullah sangkaan kami yang ianya merupakan sebuah penjara!
Pagi itu, agenda kami ialah untuk naik bas "hop on hop off" yang disarankan oleh Rick Steve untuk pelawat baru pertama kali ke London dalam bukunya terbitan 2002 yang saya beli pada 2006 lagi. Memang sahlah banyak fakta perbelanjaan sudah lari jauh. Menurut buku itu, tambang untuk naik bas Original London Sightseeing Tour ialah 14 pound. Kini sudah menjadi 30 pound! Sempena musim bunga, ada tawaran murah di atas talian iaitu 26 pound, dengan tambang percuma pada hari kedua, ditambah lagi pakej cruise River Thames dan 1 jam guided walk tour percuma. Tiket ini telah saya tempat sedari Malaysia lagi.
Untuk ke bandar, Azie cadangkan beli kad pra-bayar Oyster untuk perjalanan menaiki bas atau keretapi. Kali ini kami bercadang untuk elakkan naik keretapi, kerana kudrat perlu disimpan untuk perjalanan yang mendatang. Kami naik bas no. 7 yang berhenti depan flat Azie yang akan membawa kami ke Marble Arch. Sehala caj hanya 1.50 pound sahaja. Tapi lambat juga nak sampai ke bandar kerana bas melalui banyak tempat, mengambil masa dari 45 minit ke 1 jam.
 |
| Laluan HOHO The Original Tour Bus - OMG nama-nama tempat seperti atas papan Monopoly! |
Kami ambil bas HOHO di Speakers' Corner, Hyde Park seberang Marble Arch. Sengaja kami pilih TI Laluan Kuning kerana mahukan live guide, dan bernasib baik dapat guide lelaki lembut bernama Gavin yang menghiburkan.
 |
| Kami memilih untuk duduk di atas walaupun angin sejuk |
Kami lalu depan Buckingham Palace pada jam 10 pagi tapi tidak turun memandangkan acara tukar pengawal akan berlangsung jam 11.30 hari. Cadangan esok sahaja kami ke sana. Kami akhirnya turun di Westminister Pier sebab teruja nak ambil gambar Big Ben. Selepas itu naik cruise percuma menyusuri river Thames. Pun ada live guide, semasa pergi dan balik. Tapi guide semasa kapal balik ke Westminister Pier lebih kelakar.
 |
| Impian dan kenyataan. Big Ben, akhirnya! |
 |
| Menikmati cahaya matahari depan River Thames sambil makan cokelat bersama jejaka yang siap senyum dapat masuk frame selfie kami. |
 |
| Keterujaan atas bot yang sesak dengan pelancong. |
 |
| Di mana-mana sahaja pasti akan jumpa orang Melayu hahaha. Kami sepatutnya mencari booth telefon yang lebih elok, namun hakikatnya tak semua benda di London elok atau cantik. |
 |
| Spotted: Iklan Tourism Malaysia di badan bas. |
Kami ambil bas HOHO balik ke Hyde's Corner untuk berjalan kaki melalui Hyde Park. Suhu semakin menurun dan kami berjalan perlahan ke kedai souvenir di Marble Arch sebelum pulang, berhabisan sehingga RM500 seorang untuk souvenirs sahaja!
 |
| Berbungkus kerana sejuk di Hyde Park. |
Selepas solat jama' Zohor dan Asar, kami tertidur. Tak sempat nak jawab whatsapp Azie di tingkat bawah melawa kami makan malam. Pukul dua pagi kami bangun macam tikus pergi ke tingkat bawah untuk makan. Selepas solat Maghrib/Isya'dan Subuh, kami sambung tidur hingga jam 7 pagi.
No comments:
Post a Comment