Sunday, May 17, 2015

Day 5: Amsterdam

Sarapan pagi ini ialah roti dan jem/nutella. Tepat jam 8.30 pagi, bas bertolak ke destinasi pertama iaitu ke demo pembuatan keju dan terompah di sebuah pekan kecil tak jauh dari campsite.


Di sini saya belajar apa itu "whey" yang saya selalu jumpa di label makanan. Ianya merupakan bahagian yang terpisah dari susu yang dimasak. Bahagian pejal menjadi keju dan yang sisa itulah "whey". Susu dicampur dengan renet iaitu enzim dari usus anak lembu (mereka tidak  menggunakan sumber dari babi). Namun, sejak pergerakan anti-kekejaman haiwan semakin vokal, renet yang banyak digunakan sekarang ialah renet jenis sintetik.



Keju yang dibiarkan di para untuk matang.
Demo pembuatan terompah.

Nampak tak terompah cashier? Selain dari keju dan terompah, kedai ini juga menjual pelbagai cenderahati dan jus ganja! Ya, cannabis tidak diharamkan di Belanda dan dijual di mana-mana dalam bentuk lolipop pun ada.
Peluang untuk berposing banyak di sini.
Destinasi berikutnya ialah taman bunga Keukenhof. Sudah tidak sabar untuk melihat deretan bunga tulip yang masyhur itu. Namun langit sudah mendung dan hujan dijangka akan turun.

Keukenhof dibuka untuk waktu terhad setiap tahun. Tahun ini ianya dibuka mulai 20 Mac sehingga 17 Mei dan temanya pula ialah mengingati 125 tahun kematian artis Belanda yang tersohor iaitu Vincent Van Gogh. Bayaran tiket masuk ialah 16 Euro seorang.

Terdapat lebih dari 7 juta bunga tulip, daffodil dan hycinth pelbagai warna dan rupa ditanam di dalam taman sebesar 32 hektar. Kami diberi  masa 2 jam di sini untuk menerokai taman dan mengambil gambar. Mood sedikit terjejas kerana cuaca sekejap mendung, sekejap redup. 




Memandangkan tema taman ialah memperingati ulangtahun kematian Van Gogh, satu mural menggunakan ribuan bunga tulip dan hyacinth membentuk potret artis itu.  


Mural ini digunakan sebagai selfie background untuk para pengunjung seperti kami. 



Selepas makan tengahari, kami dibawa ke bandar Amsterdam melihat bangunan-bangunannya, melalui lorong "daerah merah" dimana kami dipesan supaya tidak mengambil gambar-gambar di sana sekiranya tidak mahu dibalun oleh Mafia, dan diberi opsyen untuk menaiki cruise. Oleh kerana cuaca mendung dan hujan, tidak ramai yang ikut serta. Kami juga dipesan oleh tour manager, sekiranya mahu minum kopi, masuklah ke "Cafe" dan tidak memilih "Coffee Shop" iaitu tempat menjamu ganja.


Ada lagi kereta yang lebih kecil dari Kancil rupanya.
Gambar-gambar sekitar Rijksmuseum. Sepanjang kami di sini hujan datang dan pergi, maka gambar kurang berseri.



Hampir lengkap gambar kumpulan. Ehsan dari kamera Azizah.
Muzium Van Gogh tutup pula.
Menu malam itu di campsite ialah nasi, ayam goreng Kelana (KFC) dan sayur goreng. Kami makan dengan penuh selera.
Pengurus rombongan merangkap tukang masak in action. 

Day 4: London - Amsterdam



Pukul 6.45 pagi kami bertolak dari flat Azie untuk ke Speaker's Corner dengan menaiki kereta Saiful bersama-sama 3 orang dari Malaysia yang kebetulan peserta Kelana Convoy yang menetap dirumahnya.


Kelana Convoy ialah syarikat milik rakyat Malaysia yang menetap di UK yang menyediakan pengembaraan "budget" dengan hidangan citarasa Malaysia hampir setiap hari.





Bas sudah menanti pada jam 7.30 pagi  untuk proses pendaftaran dan loading bagasi. Seramai 50 peserta Malaysia dan 1 dari Indonesia beserta 4 crew dan bas dipandu oleh seorang Inggeris bertolak tepat jam 8 pagi. Ketepatan masa mesti dipatuhi kerana bas telah menempah untuk menaiki Channel Tunnel pada jam 11 tengahari untuk menyeberangi Selat Inggeris memasuki Perancis. Sesiapa yang terlewat, terpaksa pergi ke point berikutnya untuk sertai rombongan. Mujur tiada siapa yang tertinggal.

Pengurus rombongan kali ini bernama Abu Yazid, 29 tahun dibantu oleh 2 orang pemuda awal 20-an dan seorang pelatih berusia 18 tahun.




Channel Tunnel (atau Chunnel) ialah terowong keretapi bawah laut yangmenyambungkan Dover, England dan Calais, Perancis. Ianya sejauh 50 km. Terdapat tiga terowong berasingan yang membawa keretapi penumpang Eurostar, Eurotunnel Shuttle yang membawa kenderaan darat, dan satu terowong untuk keretapi kargo antarabangsa. Perjalanan kami sekitar 1 jam untuk sampai ke tanah Perancis.


Eurotunnel shuttle yang membawa kenderaan darat.
Bas dipandu untuk memasuki gerabak.
Bas sudah masuk ke dalam gerabak.
Penumpang santai di dalam gerabak sementara keretapi merentasi bawah Selat Inggeris.




































































Destinasi bas ialah untuk ke Amsterdam di bahagian utara, menyusuri Peranchis dan Belgium. Di tengah perjalanan, bas berhenti di PJ Chocolate Factory. Cokelat di sini murah kerana packaging simple sahaja.
Suasana di dalam kedai dengan beraneka cokelat

Cokelat menyamar donut dan cupcake.





Memang rambang mata tapi akhirnya saya tak membeli sebarang cokelat di sini kerana perjalanan masih panjang dan beg masih berat dengan makanan tin yang dibawa dari Malaysia. Bermacam bentuk yang comel-comel dan jenis-jenis seashells, nougat, dan lain-lain. Tour manager sempat memberi tip untuk mengelakkan cokelat menjadi cair.

Saya mencuba aiskrimnya sahaja. Dua scoop berperisa pisang dan strawberry.




Sebelum ini ada terbaca tentang trick peniaga apabila pelanggan minta dua scoop aiskrim, scoop kedua akan diberi setengah scoop sahaja. Di sini saya menyaksikan dengan sedar kenyataan tersebut. Sebab itu harga untuk 2 scoop selalunya lebih murah. Jadi untuk dapat 2 scoop penuh, tipnya ialah minta 2 scoop tapi bekas asing-asing; baru dapat 2 scoop penuh. (Tip ini belum dicuba sendiri).









Sepanjang perjalanan ini, majlis takruf dijalankan di dalam bas, maka kami mengambil giliran memperkenalkan diri serba sedikit. Peserta termuda berusia 5 tahun, dan yang paling tua 69 tahun. Ada beberapa peserta menetap di UK, seorang bekerja di Kazakhstan, seorang di Turkmenistan dan selebihnya dari Malaysia. Bersyukur rasanya kerana terdapat 5 orang doktor dalam rombongan kami, maka sekiranya sakit, adalah tempat untuk merujuk.

Kami tiba di campsite Amsterdam Bos lewat petang, dan kumpulan yang memilih untuk tinggal di khemah diajar untuk memasang khemah. Saya dan Zack memilih untuk tinggal di cabin. Bayaran untuk tinggal di cabin asas tanpa bilik air ialah 20 pound/pax untuk 2 hari.



Facility tandas, shower, dan mesin basuh kegunaan peserta yang tinggal di khemah atau kabin asas.

Kabin No. 110,  kami kongsi 4 orang. 

Interior: Ada 2 double-decker dan set meja dan 2 kerusi.

Basikal untuk disewa.
Air panas untuk mandi dikenakan bayaran tapi tak ingat berapa Euro.  Sebelah malam, kami berhimpun di dewan makan untuk makan nasi yang sudah siap dibungkus berlaukkan gulai ayam dan kacang buncis dan menikmati Wi-Fi percuma. Kelihatan beberapa peserta Eropah juga makan di situ.

Cuaca malam dan pagi sangatlah sejuk, maka kami makan malam dan sarapan pagi berpakaian ala winter walaupun sudah masuk musim bunga.
Selain dari makan, meja ini menjadi port untuk mengcaj telefon.
Advantage jika bawa multiport extension dan adaptor 2 pin bulat.

Wednesday, May 13, 2015

Day 3 : London

Walaupun hari ini ialah 1 haribulan Mei, ianya bukanlah sambutan Hari Buruh. Sebaliknya, rakyat Britain menyambutnya pada hari Isnin pertama bulan Mei.

Hari ini kami keluar lewat sikit, naik bas HOHO laluan kuning ke Buckingham Palace. (Live guide hari ni tak best!). Belum jam 11 pagi sudah ramai orang di perkarangan istana, memandangkan semalam acara perarakan terpaksa dibatalkan akibat hujan. Menurut buku Rick Steve, tempat yang terbaik untuk menyaksikan acara pertukaran pengawal adalah di atas bukit kecil yang ada patung Queen Victoria depan istana. Jauh sikit tapi boleh  nampak jelas. Yang berkerumun depan pagar mungkin nampak jambul orang-orang di hadapan sahaja. Tepat jam 11.30, pasukan pancaragam pengawal shift baru masuk, kawat-kawat, tukar pengawal. Adalah dalam setengah jam, dah habis. Pelancong bersurai.

Sami Budha tak terkecuali mahu tonton.

Pengawal baru berarak masuk

Masuk shift.

Tukar shift.
Kami terus ke acara kedua iaitu ke Harrods. Naik bas HOHO laluan merah ke Hyde Corner untuk tukar bas HOHO laluan biru. Banyaknya muzium yang kami lalu di laluan ini tapi tak sempat nak lawati.
Sempena musim bunga, Harrods dihiasi dengan bunga-bungaan.
Masuk sahaja Harrods, kami cari pengawal minta peta dan dia rekemen masuk Food Hall. Sebelum itu, kami mencari escalator yang ada kemasan a'la Mesir, maka kami ke atas sambil tinjau di mana bilik air. Apa yang menariknya, Harrods sudah tidak kenakan bayaran untuk guna bilik airnya. Berbeza dari info dalam buku Rick Steve 2002 yang berkata bilik air di Harrods adalah bilik air termahal kerana dikenakan fi 1 pound.

Tak berapa nak jelas escalator sebab lampu malap di sini.
Di Food Halls, banyaknya makanan dijual, makanan yang dah siap mahupun yang mentah seperti daging, ikan, buah-buahan, dan bunga-bungaan disusun dengan menarik sekali. Kami teruja di bahagian desserts dan pastry.
Ini satu sudut makanan yang menggiurkan.


Kami keluar dari Harrods dengan membeli kuih seorang satu. Jangan kan tidak.




Dari Harrods, kami singgah makan di Restoran al Balad, yang terletak di Edgware Road. Saya memesan Mousakka dan Zack, shawarma ayam. Barulah ada tenaga untuk bershopping di Oxford Street yang tak jauh dari situ,

Antara deretan kedai di Oxford Street.
Kami membeli-belah sikit sehingga jam 7 petang dan pulang dengan bas no. 7. Esok kami akan join Kelana Convoy untuk lawatan ke beberapa negara Eropah yang lain.

Dari lawatan singkat ini, saya berpendapat London adalah tempat yang best untuk dilawati dan didiami. Suasananya aman, bersih dan cantik serta sistem pengangkutannya cekap. Kelihatan ramai orang Islam di sini dan ramai wanita berhijab. Makanan halal pula senang didapati.

Memang boleh diulang London sekali lagi.


Tuesday, May 12, 2015

Day 1 & 2: London

Kami tiba di Heathrow Airport pada jam 1.15 tghari (Malaysian time +7 hours). Namun urusan imigresen dan pengambilan beg mengambil masa lama sehingga jam 3 petang baru kami keluar terminal. Pengangkutan kami, Faiz telah diatur di atas talian untuk bawa kami ke rumah Azie di Hammersmith. Faiz dan Azie adalah jiran dan spouse kepada dua pelajar PhD di London. Mereka menawarkan khidmat teksi dan homestay kepada orang Malaysia yang datang ke London. Rupa-rupanya Faiz telah ada tugasan lain maka yang menjemput kami ialah Saiful, juga jiran Azie. Dalam perjalanan, atas cadangan Saiful, kami singgah di deli halal untuk beli seekor ayam panggang dengan harga 10 pound. Murahnya! kata Zack yang ingatkan, jangan convert!
Tambang teksi pula ialah 50 pound. (JANGAN convert!)

View from our bedroom
Azie menyambut kami dengan senyuman di lif. Rupa-rupanya Azie sudah sediakan nasi ayam. Petang itu selepas makan, kami berdua terus terlelap sebab badan masih ikut jam Malaysia yang sudah tengah malam walhal di luar masih terang benderang. Jam 2 pagi, kami celik dan makan "sarapan" (Malaysia sudah jam 9 pagi).

Bangunan di tengah gambar ini menarik perhatian kerana ianya bangunan antik, cantik dan kawasannya luas namun bertembok tinggi dan berdawai kawat. Betullah sangkaan kami yang ianya merupakan sebuah penjara!

Pagi itu, agenda kami ialah untuk naik bas "hop on hop off" yang disarankan oleh Rick Steve untuk pelawat baru pertama kali  ke London dalam bukunya terbitan 2002 yang saya beli pada 2006 lagi. Memang sahlah banyak fakta perbelanjaan sudah lari jauh. Menurut buku itu, tambang untuk naik bas Original London Sightseeing Tour ialah 14 pound. Kini sudah menjadi 30 pound! Sempena musim bunga, ada tawaran murah di atas talian iaitu 26 pound, dengan tambang percuma pada hari kedua, ditambah lagi pakej cruise River Thames dan 1 jam guided walk tour percuma. Tiket ini telah saya tempat sedari Malaysia lagi.

Untuk ke bandar, Azie cadangkan beli kad pra-bayar Oyster untuk perjalanan menaiki bas atau keretapi. Kali ini kami bercadang untuk elakkan naik keretapi, kerana kudrat perlu disimpan untuk perjalanan yang mendatang. Kami naik bas no. 7 yang berhenti depan flat Azie yang akan membawa kami ke Marble Arch. Sehala caj hanya 1.50 pound sahaja. Tapi lambat juga nak sampai ke bandar kerana bas melalui banyak tempat, mengambil masa dari 45 minit ke 1 jam.
Laluan HOHO The Original Tour Bus - OMG nama-nama tempat seperti atas papan Monopoly!

Kami ambil bas HOHO di Speakers' Corner, Hyde Park seberang Marble Arch. Sengaja kami pilih TI Laluan Kuning kerana mahukan live guide, dan bernasib baik dapat guide lelaki lembut bernama Gavin yang menghiburkan. 

Kami memilih untuk duduk di atas walaupun angin sejuk
Kami lalu depan Buckingham Palace pada jam 10 pagi tapi tidak turun memandangkan acara tukar pengawal akan berlangsung jam 11.30 hari. Cadangan esok sahaja kami ke sana. Kami akhirnya turun di Westminister Pier sebab teruja nak ambil gambar Big Ben. Selepas itu naik cruise percuma menyusuri river Thames. Pun ada live guide, semasa pergi dan balik. Tapi guide semasa kapal balik ke Westminister Pier lebih kelakar.

Impian dan kenyataan. Big Ben, akhirnya!

Menikmati cahaya matahari depan River Thames sambil makan cokelat bersama jejaka yang siap senyum dapat masuk frame selfie kami.


Keterujaan atas bot yang sesak dengan pelancong. 
Di mana-mana sahaja pasti akan jumpa orang Melayu hahaha. Kami sepatutnya mencari booth telefon yang lebih elok, namun hakikatnya tak semua benda di London elok atau cantik.

Spotted: Iklan Tourism Malaysia di badan bas.

Kami ambil bas HOHO balik ke Hyde's Corner untuk berjalan kaki melalui Hyde Park. Suhu semakin menurun dan kami berjalan perlahan ke kedai souvenir di Marble Arch sebelum pulang, berhabisan sehingga RM500 seorang untuk souvenirs sahaja!
Berbungkus kerana sejuk di Hyde Park.
Selepas solat jama' Zohor dan Asar, kami tertidur. Tak sempat nak jawab whatsapp Azie di tingkat bawah melawa kami makan malam. Pukul dua pagi kami bangun macam tikus pergi ke tingkat bawah untuk makan. Selepas solat Maghrib/Isya'dan Subuh, kami sambung tidur hingga jam 7 pagi.

Monday, May 11, 2015

Europe Tour 2015: Pre-trip notes

Note: Drafted a few days before the trip but not posted.

What's different this time? Or rather, what's new?

For one, I don't have a camera! I found out 2 days ago that my canggih camera is kaput. Immediately the question is whether to buy a new camera or not?

But wait, I have a smartphone AND a Samsung tablet. So maybe I don't need to buy a new camera after all. Furthermore, Zack's camera is still sound. So, this time I go canggih-camera free which means one less equipment to worry about.

Secondly, I will be travelling with a pregnant woman! Yes, Zack is 5-months pregnant, which makes her movements a bit restricted and that would match nicely with my weak knees and feet. This time around, we would be more laid-back, simply because we HAVE to.

We would be flying at the wee hours of Wednesday 29th April on Qatar Airways to Doha and then from Doha to Heathrow. Then on 2nd May, we will join Kelana Convoy on the Highlights of Europe Tour until 9th May. We will fly back out of Charles De Gaulle airport on 10th May, arriving in Malaysia a day later, insyaAllah.

So, the countdown begins.



Monday, March 16, 2015

Kaget

Dah lama tak memblog sampaikan nak sign in pun disusahkan oleh blogspot. Sebab menjenguk ni pun sebab tak lama lagi akan terbang ke Eropah. Kalau rajin nanti akan memblog setiap hari.

Maaf jugalah dah lama tak memblog sebab sekarang dah bergayut di Twitter. Macam berhantu jadinya, sampaikan Facebook pun dah tak main.

Penangan. Twitter lagi best sebab senang nak hook up dengan ramai orang, selagi dia tak mangga akaun dialah.

Major update. Sekarang saya sudah kebah dari demam DakAmat. Dah move on. Rasanya. (Sila letak emoticon yang sesuai).

Tata. Akan bersambung. InsyaAllah.