

Wajah-wajah inilah yang kami nampak di Kuta. Gambar Siti menghiasi tabloid "Nyata" semasa kami di sana pada 13 April 2006, dan dalamnya siap dengan gambar Datuk K lagi. Pada waktu yang sama di Malaysia, gambar Datuk K cuma tersiar dalam emel-emel sahaja.
Cuba teka gambar kedua tu, siapa ye? Tak lain dan tak bukan, Nordin Mat Top, pakar bom yang menjadi buruan Kerajaan Indonesia. Gambarnya kami nampak ditampal di tiang-tiang lampu, mesin ATM dan di kantor-kantor sekitar Kuta. Ganjarannya sampai Rp 1 miliyar. Tak tahu pulak berapa tukaran dalam RM. 1 juta ke?
Kami ke Kuta dari Lovina dengan bas Perama lagi. Tiketnya Rp70,000 seorang (RM28) sama macam tiket dari Ubud ke Lovina. Tak sangka pulak bas tu berhenti di Ubud semula sebelum ke Kuta. Jadi dapatlah kami jengok Tegal Sari sambil refill air mineral. Penginapan di Kuta tak kami tempah lagi, cuma rujuk buku "Rough Guide", untuk cari penginapan yang dekat dengan stesen Perama di Kuta. Kena yang dekat, sebab kami tak nak heret beg kami yang dah sarat jauh-jauh.
Kuta punyalah sesak, berbeza dengan Ubud dan Lovina. Kira "culture shock" jugaklah. Turun je dari bas, pekerja Perama tanya " Udah ada hotel?". Terus akak jawab, "Ya, kami mau tinggal di Puri Agung". Terus ditunjukkan arah ke situ. Taklah jauh, dalam 300 meter, tapi tak glamor betul kena tarik beg atas jalanraya (bayangkan Chow Kit).
Akhirnya jumpalah Puri Agung (puri=istana). Menurut "Rough Guide", penginapan ini ialah jenis losmen (rumah tumpangan). Kecik je, bangunan dua tingkat, ada 12 bilik semuanya dan ditengah-tengahnya ada laman sekangkang kera. Sewanya Rp50,000 (RM20) semalam.
Sebelah-menyebelah Puri Agung semuanya losmen juga. Padat, disulami lorong-lorong kecil semuat motosikal lalu. Jauh beza dari Tegal Sari atau Hotel Bali Taman Lovina. Konon-konon nak jimat duit sikit sebab nak last minute shopping. Tapi kalau lain kali datang Kuta serik nak duduk kat losmen lagi. Dinding tak ada sound proof langsung. Lepas kita orang dengar sebutir-sebutir jiran sebelah, kita orang terus kawal sikit volume, yalah, kan sama bahasa. Nasib baik malam tu kami tak dengar bunyi-bunyi mengerang. Mungkin ada, tapi kami tak dengar sebab hujan. Kat luar pulak, bunyi motorsikal tak henti-henti sampai ke pukul 1 pagi. Tak macam orang-orang di Ubud dan Lovina yang kecut nak keluar malam, sebab takut jumpa hantu. Di Kuta, hantu lain yang keluar malam. Di Kuta banyak pub dan kelab, betul-betul cater untuk pelancung asing.
Aktiviti kami di Kuta relaks sahaja. Bersiar-siar di pantai Kuta, dan window shopping. Ingatkan nak tambah souvenir, tapi beg dah sarat, takut pulak kena denda dek Air Asia. DVD lanun selamba je diaorang jual dalam kantor, macam OK aje. Harga yang baru Rp10000, yang lama Rp7500. Itu yang tergoda tuh. Beli jugaklah.
Memori yang paling berkesan di Kuta ialah akak dibahasakan sebagai "embak". Pertama, dek seorang mamat ni yang sedang memandu mobilnya, bertanyakan saya yang dijalanan, "Embak, di mana musolla?" Juga, oleh budak muda pembantu di Puri Agung. Akak sebenarnya mendidih jugak. Apa, ingat aku tua sangat ke? Dahlah kat Lovina orang ingat akak mak si Tar. Balik Malaysia baru tahu yang embak maksudnya kakak, bukannya makcik. Yalah, kita bukan ikut serial Indon di TV kan. Memang berkesan memori itu sampailah jadi nama blog ni, hee hee.
Lepas dah pergi ke Bali 2 kali nih, rasanya dah puas tengok Bali. Tapi tak tahulah kan, kot-kot terdatang lagi.
No comments:
Post a Comment