
Bersedia, Embak masih dalam mode nostalgia lagi. Gambar di atas adalah gambar Embak bersama rakan-rakan seangkatan di tingkatan lima, di sebuah sekolah asrama penuh di pantai timur. Tak payahlah sebut tahun berapa kan, tapi tengok pesen rambut dan pakaian kami, dah boleh stemet eranya.
Sebahagian besar dari kami bersama sejak dari tingkatan 1 lagi, dan dalam perjalanan ke tingkatan lima, ada plus dan minusnya (dikeluarkan sebab masalah displin atau grade, dan dimasukkan atas keputusan baik SRP). Nisbah pelajar lelaki:pelajar perempuan ialah 1:2, kalau tak silap 49 lelaki dan 98 perempuan semuanya. Ada yang datang dari keluarga nelayan, buruh kasar sehinggalah golongan kaya. Tak silap Embak, ada seorang anak menteri, seorang anak menteri besar dan seorang anak timbalan menteri besar. Oh, it was a big deal then.
Kami membesar bersama seniors, warden, guru-guru, dan staf, kebanyakkannya jauh dari keluarga. Zaman dolu-dolu, gomen memang suka hantar jauh-jauh, macam Embak yang duduk di KL, dicampak ke Pantai Timur. Macam-macam kerenah dan peristiwa; kalau bikin cerita bersiri kat tv memang bolh jadi hit punya, sebab belum ada yang buat kan? Siapa nak bahan, hubungi Embak, boleh cerita.
Fast forward, x years later, di antara kami ada yang menjadi (2 orang dah jadi ahli politik, tak kurang hartawan, usahawan, cendekiawan) dan ada yang biasa-biasa aje, dan ada juga yang kurang menjadi. Apapun, kami masih akrab, sampai kisah makwe/pakwe, rumahtangga dan anak-anakpun dikongsi dalam yahoogroup.
Kami masih lagi "the boys" atau "the girls", walaupun kami hampir menjenguk senja. Sadly, kami dah kehilangan 5 "boys"; "the boys" seram jer, ialah kalau dikira mortality rate mereka, kira tinggi tuh, > 10%. Alhamdulillah, "the girls" belum ada lagi yang arwah.
Tak lama dulu kami buat grand reunion sekolah; kami ajak sekali semua bekas guru, dan semua bekas staf yang kami dapat cari. Kami charterkan satu bas, bawak mereka turun ke KL. Yang bestnya, kakak-kakak dan abang-abang dewan makan masih ingat nama-nama kami! Either my buddies and I have been special to them, or they just have excellent memory.
2 comments:
go big sister! brush out ur memory bank. waiting to read more!
SS, Ayie janji nak bagi digicam dia. Kalau dapat nanti, boleh cerita yang semasa dengan gambar lagi.
Post a Comment