Wednesday, March 28, 2007

Dah beli!

Berita terkini. Kepada 4 orang pembaca blog ini, sekiranya anda berkira-kira hendak belikan Embak buku Teacher Man karangan Frank McCourt, Embak nak maklumkan, Saya dah beli.

Semalam, Embak pergi ke MPH, nak cuba dapatkan diskaun 15% sempena besday Embak(salah satu manafat keahlian MPH Readers' Circle) walaupun besday Embak dah 3 minggu berlalu. Petugas di MPH berkata Maaf Puan, diskaun 15% tu hanya untuk tempoh seminggu dari tarikh lahir. Tapi berita baik Puan, esok kami akan adakan Sale, yang diskaunnya 20%. Woopee!

Maka Embak datang balik hari ni dan membelanjakan diri Embak dengan 3 buku. Jualan murah MPH akan berakhir 1 April. Jika anda bukan ahli MPH Readers' Circle, diskaun 15% sahaja. Pergilah beli buku, nanti boleh dapat potongan dari cukai pendapatan.

No comments: