Semalam Embak berjumpa dengan kawan Embak di kliniknya, yang juga menawarkan perkhidmatan kecantikan. Di ruang menunggu, Embak lihat dua orang wanita yang bertudung, yang sorang tu teramatlah putih bersih kulitnya, dan dalam kategori jelita. Dari perbualan mereka, Embak dapati yang mereka ini tidak asing dengan suntikan kolagen, vitamin-C, botox dan seumpanya. Terkejutlah Embak. Selama ini Embak ingat yang mengamalkan bantuan-bantuan kecantikan begini adalah dari kalangan artis-artis dan orang-orang yang, iyalah, trendy, sofisticated, fashion-conscious, glamour-seeking rich tai-tais.
Rupa-rupanya, semua lapisan dah mengamalkan gaya hidup suntikan ini. Patutlah klinik kawan Embak ni berdaya maju gayanya. Embak di sana atas urusan kerja, tak tahulah esok-esok pulak. Minta-minta kat Allah, tulang pipi Embak yang orang selalu kata tiruan ni, maintain. Takutnya hari ni kata tak nak, esok-esok bila dah kendur, pucat, kata nak pulak!
No comments:
Post a Comment