Tuesday, June 12, 2007

Menang membeli, alah memakai

Semalam semasa berjalan balik dari Tasik Permaisuri, kasut Bata Embak berbunyi "pelepek-pelepek". Rupa-rupanya tapaknya dah renggang. Inilah dia padahnya kalau beli semasa jualan murah. Dari pengalaman Embak, inilah hakikatnya. Kalau beli beg tangan, dompet atau kasut, janganlah beli yang diskaunnya lebih dari 30%. Nescaya stok lama, yang takkan tahan lama. Macam beg tangan, Embak dah kena banyak kali. Koyaklah, gelung besi terpatahlah, merekahlah, gam terkeluarlah, dsb. Kasutpun sama.

Jadi, janganlah ghairah kalau diskaun 50%. Yang 70% tu lagilah, stok dah 10 tahun agaknya. Yang berbaloi beli kalau diskaun banyak ialah buku. Ni dah bulan Jun; tak lama lagi Payless Bookstore akan adakan warehouse sale lagi sebab menurut Max, staff PB, mereka adakan sale setiap 3-4 bulan sekali.

Bulan depan, khabarnya Megasale seluruh Malaysia akan diadakan selama sebulan, jadi berhati-hatilah bila membeli-belah. Biar menang membeli, menang memakai.

1 comment:

Anonymous said...

kata _Deli:
dah beli, dipakai
tak beli, tak pakai
membeli, memakai
asyik beli, pokai
diskaun ke tak diskaun ke...