
Pic: Embak and Acu on his Campus grounds. Macam emak ngan anak kan?
Kami tiba di Frankfurt jam 6 pagi, 22 Februari 2009. Selepas memusing mencari surau di lapangan terbang, Allah jumpakan kami dengan seorang cleaner berwajah Arab. Dia tunjukkan satu ceruk untuk kami solat, siap dibentangkan untuk kami plastik.
Selesai solat, barulah berjaya hubungi Acu yang kami sudah sampai. Dia yang datang bermalam di Frankfurt menjemput kami ke rumah seorang staf JPA untuk sarapan. Alangkah bahagianya dihidangkan nasi lemak!
Selesai makan, kami mengikut Acu ke tempat persekolahannya di Weingarten, di selatan Jerman, 5 jam perjalanan dari Frankfurt. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di kilang Porche dan Daimler dan solat di Masjid Stuttgart. Di Weingarten, Allah murahkan rezeki kami dapat tumpang tinggal di bilik seorang pelajar yang kebetulan tiada kerana buat praktikal di bandar lain. Kalau tidak, berhimpitlah di bilik Acu yang, walaupun sewanya sebulan 220 Euro, tak sampai 200 kaki persegipun saiznya.
Semasa di Jerman, kami sempat ke Lake Konstanz dan ke Zurich, Switzerland (melalui laluan indah negara-negara Alpine Austria dan Liechtenstein). Seronok dapat melihat salji, tapi sejuknya, brrr... boleh tahan. Selepas 3 hari di Jerman, kami berangkat ke Sepanyol yang hangat, seperti yang kami rancang.
No comments:
Post a Comment