Saturday, June 27, 2009

Ex Jemco Staff Reunion


Pernah dengar orang buat reunion untuk bekas kawan-kawan sekerja? Kalau reunion rakan sekolah biasalah kan? Tapi itulah yang Embak sertai siang tadi bersama dengan bekas staf Jemco Sdn Bhd. Walaupun Embak telah meninggalkan syarikat ini sejak 1997, Embak masih lagi berhubung dengan rakan-rakan Embak walaupun ramai dari mereka telah berhijrah ke pekerjaan baru. Tapi ramai juga yang sudah terputus hubungan. Yang moleknya, perjumpaan ini dicetuskan oleh cadangan bos-bos kami yang lama; rasa gumbira pula apabila bos-bos yang rindu pada staf.

Alhamdulillah, seramai 60 orang dapat hadir bersama pasangan dan ahli keluarga mereka hadir pada reunion sulung ini.

Lokasi yang kami pilih ialah di restoran D'Saji Felda Villa, yang terletak di Jalan Perumahan Gurney. Para hadirin memberi maklumbalas mereka berpuashati dengan hidangan dan suasana tempat. Aturcara majlis santai sahaja memandangkan masing-masing sibuk nak catch-up dengan berita terkini.

Yang riuhnya ialah pada 1 jam yang terakhir apabila peluang dibuka untuk peserta ke mikrofon; ramai yang mengambil kesempatan untuk bernostalgia. Kesimpulannya, kami semua sangat teruja dan berasa bertuah dapat melalui suatu waktu bekerja di bawah satu bumbung di Jemco dahulu.

Hasil daripada reunion ini, Embak peroleh satu database untuk diedarkan untuk kegunaan jemputan kenduri-kendara sementara menunggu reunion yang akan datang. Maklumlah, masing dah ada anak-anak teruna dan dara.



Nota sisi: Secara tak sengaja, Embak berpakaian hitam ke majlis ini. Sub-consciously, I am still in mourning.

Friday, June 26, 2009

Blue


This is truly a sad day, the weather seems to agree. The passing of Micheal Jackson, and Farrah Fawcett, two great icons of my younger days, affirm (yet again) that I am getting older, and the distance to the grave is getting shorter.

Non, the DJ on Lite & Easy played Micheal Jackson's songs back to back while I drove to work, and I bawled like a child in tantrums. After lunch, I started to feel a vein in my head throb, signalling a looming migraine, so I cancelled all my afternoon appointments.

A quiet afternoon alone hopefully will revive me. I am mourning.

Wednesday, June 24, 2009

Mendekati Faisal Tehrani

Beberapa hari lepas, Embak berpeluang mengenali Faisal Tehrani melalui rancangan Malaysia Hari Ini semasa sarapan pagi di dapur. Satu nama tersohor dalam sastera tanahair tetapi baru pertama kali Embak ketahui. Terukkan Embak? Setelah pergi ke blog beliau, barulah Embak lebih maklum tentang penglibatan dan sumbangan beliau.

"Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM."

Embak memang ketinggalan zaman!

Dalam sessi temuramah di Malaysia Hari Ini, FT menceritakan semasa beliau di bangku sekolah, beliau telah menalipon A Samad Said untuk bertemu; maka mereka berjumpa di Masjid Negara selepas solat Jumaat. FT meminta tips bagaimana menjadi penulis yang baik. Pak Samad bilang, ada 5 perkara. Membaca, membaca, membaca, membaca dan kelima, menulis. FT bertanya, kalau yang kelima juga membaca, bagaimana? Pak Samad bilang, orang itu akan jadi pembaca! Alahai, Pak Samad bercerita tentang Embaklah tu.

Embak sebenarnya berangan nak jadi penulis, tapi masih belum nampak bakatnya. Setakat blog, bolehlah. Itupun caca-marba. Karya-karya FT nampak gaya macam heavy je. Nanti pelan-pelan Embak nak intai kat Perpustakaan Negara.

Embak tertarik dengan nama pena FT, kenapa dia pilih Tehran ya? Mungkin dia pernah tinggal di sana kot. Ramai orang memakai nama tempat kelahiran sebagai gelaran mereka, seperti ulama-ulama dahulu, yang kalau hujungnya al-Fatani, atau al-Kelantani, kita tahu asal mereka adalah dari Patani,Kelantan dsb. Embak tinggal di Bandar Tun Razak, maka nama-nama yang mungkin Embak pakai ialah Embak Bandari, Embak BT Razaki, Embak Bantunrazi .....

Monday, June 22, 2009

Antara 2 Mekanik

Semenjak Embak bekerja sendiri, Embak bertukar ke mekanik di tempat tinggal Embak di Bandar Tun Razak ni. Setelah beberapa percubaan, Embak berjumpa dengan seorang mekanik yang Embak lantik sebagai mekanik peribadi sebab dia caj dengan adil, dan hasil kerjanya bolehlah tahan. Embak tahu, dia tak handal, tapi kalau setakat tukar minyak hitam dan perkara-perkara asas ni Embak hantar je kereta kat dia. Katakanlah mekanik ni Abu.

Selang tiga lot dari woksyop Abu ni ada satu lagi woksyop, Embak samarkan dia dengan nama Woksyop Ah Beng. Woksyop Ah Beng ni lagi popular dari Woksyop Abu. Ramai warga BTR dan sekitarnya melanggani woksyop ini. Satu hari, kereta Embak rosak; susah tukar gear. Abu pun tukarkanlah partnya. Kena dalam RM500. Tapi problem masih tak selesai. Embak bawa senyap-senyap ke Woksyop Ah Beng. Dia bukak bonet, pastu tuang sikit minyak kat tempat yang rosak tu, terus masalah selesai. Happylah Embak. Si Ah Beng tak nak ambil sesen pun. Alamak, Embak dah malu. Tapi Embak tahu, Ah Beng dah pasang "goodwill".

Selang dua tiga bulan, gear kereta buat hal lagih. Embak mengadu kat Pak Abu; haritukan, Ah Beng tuang minyak sikit dah ok. Abu tak tahu minyak apa yang Ah Beng pakai. Kesudahannya, Embak suruh abah Embak pergi hantar kat Ah Beng sebab nak hantar sendiri, diri sudah segan. Guess what? Ah Beng tuang sikit minyak, dan gear pun ok, sampailah sekarang. Duit, sesen pun dia tak nak ambik. Sudah 2 kali "goodwill".

Alkisah, kawan abah Embak hantar keretanya ke seorang mekanik di Taman Midah. Masalahnya mudah sahaja, ada benda tersumbat, caj mungkin dalam RM50 sahaja. Tapi nak repair benda tu, kena keluarkan enjin kereta; caj tu yang mahal kena RM500. Pakcik ni bawak kereta dia ke kedai Ah Beng, mekanik dia pakai "blower", terus benda tersumbat tu keluar, selesai masalah. Pun tak ambik duit.

Begitulah pendekatan Ah Beng. Kalau dah sekali terhutang budi, lain kali mesti servis kereta kat woksyop diakan? Tak dinafikan Ah Beng terrer betul diagnose dan selesaikan masalah (macam House M.D). Ini yang buat Embak serba salah. Kalau Embak tak sokong Abu, sampai bila pulak dia nak terrer repair keretakan? So, Embak terus hantar kereta kat Abu. Kalau dia tak boleh buat, barulah Embak hantar kat Ah Beng. Buat muka sepuluh sen je la. Tapi kena sorok-sorok, nanti Abu merajuk.

Sunday, June 21, 2009

Ayoyo... Orang kampung gue..

Woman fined to tune of $1.9 million for illegal downloads

(CNN) -- A federal jury Thursday found a 32-year-old Minnesota woman guilty of illegally downloading music from the Internet and fined her $80,000 each -- a total of $1.9 million -- for 24 songs.

Illegal downloads of musical files will cost a Minnesota woman $1.9 million, a jury has decided.

Jammie Thomas-Rasset's case was the first such copyright infringement case to go to trial in the United States, her attorney said.

Attorney Joe Sibley said that his client was shocked at the fine, noting that the price tag on the songs she downloaded was 99 cents.

She plans to appeal, he said.

Cara Duckworth, a spokeswoman for the Recording Industry Association of America, said the association was "pleased that the jury agreed with the evidence and found the defendant liable."

"We appreciate the jury's service and that they take this as seriously as we do," she said.

Thomas-Rasset downloaded work by artists such as No Doubt, Linkin Park, Gloria Estefan and Sheryl Crow.

This was the second trial for Thomas-Rasset. The judge ordered a retrial in 2007 after there was an error in the wording of jury instructions.

The fines jumped considerably from the first trial, which granted just $220,000 to the recording companies.

Thomas-Rasset is married with four children and works for an Indian tribe in Minnesota.

Sunday, June 14, 2009

'House' is world's most popular TV show


Hugh Laurie stars as the unconventional medical genius Doctor Gregory House.

Fri Jun 12, 7:21 am ET (extracted from Yahoo! news)

PARIS (AFP) – US drama "House", starring Britain's Hugh Laurie as unconventional medical genius Doctor Gregory House, out-gunned rivals in 2008 to become the world's most watched show on television.

According to ratings agency Eurodata TV Worldwide, House and his team of canny diagnosticians last year gathered more than 81.8 million viewers in 66 countries, representing a potential 1.6 billion viewers.

That was far more than the 2007 and 2006 winners in the same TV drama category, "CSI: Las Vegas", about a team of forensic experts, and its spin-off "CSI: Miami".

In the TV comedy category, the US female-star cast of "Desperate Housewives" for the second year running beat "Monk" (US) and "Ugly Betty" (US), attracting 65.3 million viewers worldwide in 2008.

"The Bold and the Beautiful", also a US show, with 24.5 million viewers was the most popular soap for the second consecutive year, thrashing Mexican telenovela "Marina" and US competitor "The Young And The Restless."

Embak's notes: In case you don't know already, 'House' is my most favourite show on tv for the past 5 years.

Friday, June 12, 2009

Gold- beyond its glitter


Dalam Embak berangan nak tulis artikel mengempen kawan-kawan pembaca blog ini membeli emas, Embak menjenguk blog-blog teman-teman agen Public Gold yang lain. Rupanya mereke lebih kedepan. Banyak maklumat telah mereka kongsikan. Pergi lihat blog En. Shukor, dan En. Nizam mengapa di masa kini emas adalah pelaburan yang sangat logika.

Embak rasa terkesan dengan hadis Rasulullah S.A.W:

Abu Bakr ibn Abi Maryam melapurkan beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "akan pasti datang satu masa tiada lagi yang berguna kepada manusia melainkan dinar dan dirham."

- Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Embak berpendapat, sebab utama kenapa kita perlu membeli emas sekarang, lebih dari mendapat untung pelaburan emas, adalah untuk menyelamatkan nilai harta kita. Emas kalis inflasi. Buktinya, semasa zaman Rasulullah dahulu, 1 dinar emas boleh beli seekor kambing; sekarang juga 1 dinar emas (yang sekarang bernilai sekitar RM500) juga boleh beli seekor kambing!

Sekiranya kita ada simpanan di bank, ASB, dalam gerobok, bawah katil etc., eloklah ditukar bentuknya ke emas. Tapi janganlah semua. Nanti nak beli aiskerim pun tak ada pitih. Kenapa?

Kalau dibiarkan dalam bentuk kertas (RM, USD, Euro etc), nilainya akan diragut oleh hiperinflasi (inflasi yang teruk) yang sedang berdikit-dikit melanda dunia. Penyebab utama hiperinflasi ini berpunca dari tindakan Amerika "menyuntik" USD 1 trillion ke pasaran matawang dalam usaha nak "menyelamatkan" ekonomi negara mereka yang dah bankrap. Wang kertas yang langsung tak ada sandaran emas. Masih samar-samar? Google "fiat money", "Bretton Woods", anda akan lebih jelas.

Adakah Embak terlalu pesimistik? Sebenarnya banyak betul pembohongan dan manipulasi matawang selama ini yang kita tak tahu. Melambak maklumat di internet. Sebab itulah, dah banyak pertubuhan menggunakan emas sebagai matawang sebab duit kertas sebenarnya tiada nilai. Sebab itu juga, Tun Dr. M amat bersemangat mahukan perdagangan OIC menggunakan dinar emas. Kalau pakai emas, OIC dan OPEC akan lebih powerful. Menurut cerita, Tun pernah jumpa dengan Raja Saudi, beritahu baginda kepentingan dinar emas ini, tapi Raja Saudi tak faham. Baginda ingat Tun nak pinjam duit nak beli emas. @%#$&! Apa daa...

Akhir kalam, kalau nak beli emas, call lah Embak. Nanti boleh story lagi.

Wednesday, June 03, 2009

* Spoiler Alert - House MD Season 5 Finale


Saw this picture when I was looking for info on House finale which has not quite made to our tvs yet. Dr. Chase and Dr. Cameron got married! Aren't they a cute couple? To think that they were actually once engaged to each other in real life, how hard was it to act it out for a tv show? But then, they are actors.

The DVD set for season 5 will come out some time in August. The bootleggers are probably selling them already at Feringghi Night Market :D