
Embak memang ketinggalan zaman!
Dalam sessi temuramah di Malaysia Hari Ini, FT menceritakan semasa beliau di bangku sekolah, beliau telah menalipon A Samad Said untuk bertemu; maka mereka berjumpa di Masjid Negara selepas solat Jumaat. FT meminta tips bagaimana menjadi penulis yang baik. Pak Samad bilang, ada 5 perkara. Membaca, membaca, membaca, membaca dan kelima, menulis. FT bertanya, kalau yang kelima juga membaca, bagaimana? Pak Samad bilang, orang itu akan jadi pembaca! Alahai, Pak Samad bercerita tentang Embaklah tu.
Embak sebenarnya berangan nak jadi penulis, tapi masih belum nampak bakatnya. Setakat blog, bolehlah. Itupun caca-marba. Karya-karya FT nampak gaya macam heavy je. Nanti pelan-pelan Embak nak intai kat Perpustakaan Negara.
Embak tertarik dengan nama pena FT, kenapa dia pilih Tehran ya? Mungkin dia pernah tinggal di sana kot. Ramai orang memakai nama tempat kelahiran sebagai gelaran mereka, seperti ulama-ulama dahulu, yang kalau hujungnya al-Fatani, atau al-Kelantani, kita tahu asal mereka adalah dari Patani,Kelantan dsb. Embak tinggal di Bandar Tun Razak, maka nama-nama yang mungkin Embak pakai ialah Embak Bandari, Embak BT Razaki, Embak Bantunrazi .....
No comments:
Post a Comment