Friday, June 12, 2009

Gold- beyond its glitter


Dalam Embak berangan nak tulis artikel mengempen kawan-kawan pembaca blog ini membeli emas, Embak menjenguk blog-blog teman-teman agen Public Gold yang lain. Rupanya mereke lebih kedepan. Banyak maklumat telah mereka kongsikan. Pergi lihat blog En. Shukor, dan En. Nizam mengapa di masa kini emas adalah pelaburan yang sangat logika.

Embak rasa terkesan dengan hadis Rasulullah S.A.W:

Abu Bakr ibn Abi Maryam melapurkan beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "akan pasti datang satu masa tiada lagi yang berguna kepada manusia melainkan dinar dan dirham."

- Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Embak berpendapat, sebab utama kenapa kita perlu membeli emas sekarang, lebih dari mendapat untung pelaburan emas, adalah untuk menyelamatkan nilai harta kita. Emas kalis inflasi. Buktinya, semasa zaman Rasulullah dahulu, 1 dinar emas boleh beli seekor kambing; sekarang juga 1 dinar emas (yang sekarang bernilai sekitar RM500) juga boleh beli seekor kambing!

Sekiranya kita ada simpanan di bank, ASB, dalam gerobok, bawah katil etc., eloklah ditukar bentuknya ke emas. Tapi janganlah semua. Nanti nak beli aiskerim pun tak ada pitih. Kenapa?

Kalau dibiarkan dalam bentuk kertas (RM, USD, Euro etc), nilainya akan diragut oleh hiperinflasi (inflasi yang teruk) yang sedang berdikit-dikit melanda dunia. Penyebab utama hiperinflasi ini berpunca dari tindakan Amerika "menyuntik" USD 1 trillion ke pasaran matawang dalam usaha nak "menyelamatkan" ekonomi negara mereka yang dah bankrap. Wang kertas yang langsung tak ada sandaran emas. Masih samar-samar? Google "fiat money", "Bretton Woods", anda akan lebih jelas.

Adakah Embak terlalu pesimistik? Sebenarnya banyak betul pembohongan dan manipulasi matawang selama ini yang kita tak tahu. Melambak maklumat di internet. Sebab itulah, dah banyak pertubuhan menggunakan emas sebagai matawang sebab duit kertas sebenarnya tiada nilai. Sebab itu juga, Tun Dr. M amat bersemangat mahukan perdagangan OIC menggunakan dinar emas. Kalau pakai emas, OIC dan OPEC akan lebih powerful. Menurut cerita, Tun pernah jumpa dengan Raja Saudi, beritahu baginda kepentingan dinar emas ini, tapi Raja Saudi tak faham. Baginda ingat Tun nak pinjam duit nak beli emas. @%#$&! Apa daa...

Akhir kalam, kalau nak beli emas, call lah Embak. Nanti boleh story lagi.

No comments: