Embak akan cuba kongsi satu dua point yang Embak dapat dari kuliah Ustaz Kariman yang Embak tanda dengan tajuk DKUK - "Dari Kuliah Ustaz Kariman".
Kami baru sahaja nak masuk surah Al An'Aam Ayat 1 yang dimulai dengan ungkapan Alhamdulillah....yang bermaksud segala puji-pujian bagi Allah. Di dalam al Quran ada 5 surah yang dimulai dengan ungkapan ini iaitu Al Fatihah (S1), Al An'Aam (S6), Kahfi (S18), Saba' (S34) dan Al Fathir (S35).
Kita manusia tidak digalakkan memuji selain siapa/apa yang Allah puji contohnya Nabi Muhammad S.A.W. Kerana puji-pujian boleh menaikkan riak atau rasa ajub -- penyakit-penyakit hati yang amat halus.
Bagaimana jika kita dipuji? Umpamanya "Cantiknya awak! Putihnya awak!". Kita jawab "MashaAllah- quwwataillabillah". Itu adalah ketentuannya dan tiada kekuatan/kelebihan melainkan dari Allah. Tanamkan syukur di atas anugerah Allah dan tambahkan tawadduk.
Bagaimana nak memotivasikan anak kalau tak memuji? Contohnya sekiranya anak itu cemerlang dalam peperiksaan; katakan itu adalah ganjaran yang Allah berikan di atas usaha gigih. Jangan dipuji, awak pandai, cerdas etc. Semuanya itu atas kehendak Allah.
Allah giveth and Allah taketh. Jangan hanyut atau leka dalam kejayaan, dan jangan berputus asa jika ditimpa musibah.
Kalau otrang memuji, cantiknya baju awak! Tak payahlah kata MasyaAllah, sebab yang dipuji baju, bukan tuannya :D
Tuesday, May 25, 2010
Sunday, May 09, 2010
Dari Dapur Embak - Asam Tumis Taugeh

Bila kawan Embak beritahu masak asam tumis taugeh besar sedap, Embak terasa pelik. Biasanya Embak goreng dengan tauhu je.
So Embak try le. Masak macam asam tumis biasa, cuma tambah ikan bilis, tumbuk kasar-kasar sikit. Embak suka buang ekor taugeh besar ni. Jangan taugeh biasa; memang Embak surrender.Teringat masa kecik-kecik dulu. Emak Embak selalu bagi Embak sebesen taugeh. Duduklah Embak menyiang ekor taugeh sampai kecut-kecut tangan dibuatnya.
Flavour taugeh besar tu yang buat masakan ni lain dari yang lain. Cubalah. Sedap! Sebagai variasi, cuba juga masak asam pedas sawi asin. Yang ni memang dah tradisi di rumah kami.
Thursday, May 06, 2010
Semangat Baru
Embak dah beli kamera baru. Jadi Embak bolehlah start blogging balik. Kamera lama tu masih baik lagi tapi chargernya hilang. Nak beli charger baru, mahal harganya. Yang "3rd party" punya pun sudah berharga RM100. Jadi Embak beli kamera baru yang pakai charger/bateri yang sama; jadi kamera Embak yang lama masih boleh digunakan lagi. Solution yang mahal tetapi Embak rasa berbaloi. Hmm, kamera yang lama tu Embak nak bagi kat siapa ya? Kena yang dekat dengan Embak, supaya kalau dia nak caj bateri, boleh pakai charger Embak yang baru.
Embak sebenarnya nak post resipi masakan, Jadi, kalau tak ada gambar, manalah menarik artikel Embak kan?
Embak sebenarnya nak post resipi masakan, Jadi, kalau tak ada gambar, manalah menarik artikel Embak kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)