Tuesday, May 25, 2010

DKUK - Pujian

Embak akan cuba kongsi satu dua point yang Embak dapat dari kuliah Ustaz Kariman yang Embak tanda dengan tajuk DKUK - "Dari Kuliah Ustaz Kariman".

Kami baru sahaja nak masuk surah Al An'Aam Ayat 1 yang dimulai dengan ungkapan Alhamdulillah....yang bermaksud segala puji-pujian bagi Allah. Di dalam al Quran ada 5 surah yang dimulai dengan ungkapan ini iaitu Al Fatihah (S1), Al An'Aam (S6), Kahfi (S18), Saba' (S34) dan Al Fathir (S35).

Kita manusia tidak digalakkan memuji selain siapa/apa yang Allah puji contohnya Nabi Muhammad S.A.W. Kerana puji-pujian boleh menaikkan riak atau rasa ajub -- penyakit-penyakit hati yang amat halus.

Bagaimana jika kita dipuji? Umpamanya "Cantiknya awak! Putihnya awak!". Kita jawab "MashaAllah- quwwataillabillah". Itu adalah ketentuannya dan tiada kekuatan/kelebihan melainkan dari Allah. Tanamkan syukur di atas anugerah Allah dan tambahkan tawadduk.

Bagaimana nak memotivasikan anak kalau tak memuji? Contohnya sekiranya anak itu cemerlang dalam peperiksaan; katakan itu adalah ganjaran yang Allah berikan di atas usaha gigih. Jangan dipuji, awak pandai, cerdas etc. Semuanya itu atas kehendak Allah.

Allah giveth and Allah taketh. Jangan hanyut atau leka dalam kejayaan, dan jangan berputus asa jika ditimpa musibah.

Kalau otrang memuji, cantiknya baju awak! Tak payahlah kata MasyaAllah, sebab yang dipuji baju, bukan tuannya :D

No comments: