Saturday, August 28, 2010

Caramel Pudding @ Puding Telur


Hari ni buat Embak mencuba buat kueh ini buat pertama kalinya selepas menelefon pakar puding, kawan Embak, Puan Cheni. Hampir setiap kali kami buat potluck, Cheni akan bawa caramel pudding ni. Dia kata, it's the easiest kueh to make in the world. Here is the recipe:

1. Panaskan kukusan.

2. Blend semua bahan-bahan berikut untuk dijadikan adunan puding:

*10 biji telur
*1 tin susu cair
*1 tin susu pekat (ikut tin kontot sikit ukuran dolu-dolu)
*1 sudu besar tepung kastad (atau tepung jagung)
*1 sudu besar esen vanila
*1 tin air (ikut sukatan tin susu cair)

3. Panaskan 5-6 sudu besar gula pasir dalam loyang untuk jadi caramel. Setakat kuning cukup, kalau sampai perang, nanti pahit. Ratakan di semua permukaan loyang.

4. Curahkan puding ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

5. Apabila sejuk sedikit, terbalikkan ke dalam bekas yang lain.


Sila ambil iktibar. Inilah hasilnya jika memindahkan dari loyang bulat ke bekas empat segi. Karamelnya juga nampak macam sedikit hangus. Lain kali Embak akan lebih prihatin.

P/S: Actually gulanya sedikit pahit tapi masih di tahap sedap. Alhamdulillah. Selamat mencuba.

Nota untuk adik-adik dan adik-adik ipar, menjelang raya ni, silalah buat chocolate chip cookies untuk anak-anak anda. Resepinya di sini.

No comments: