Hari Khamis yang lalu, Embak sempat menonton "Tanyalah Ustaz" yang dihoskan oleh Ustaz Zahazan. Beliau menjawab satu soalan yang menanyakan tentang kesahihan hadis yang mengatakan pahala-pahala sembahyang terawih. Embak masih ingat lagi, semasa Embak di sekolah menengah dahulu, Embak sudah mula mendapat senarai pahala-pahala tersebut. Kalau solat terawih hari pertama, semua dosa diampunkan seperti bayi baru baru lahir dsb. Embak selalu merujuk ke senarai tersebut dan senyum sendiri kerana senang hati sudah memboloti ganjaran yang ditulis itu.
Uztaz Zahazan menjawab, hadis itu adalah hadis palsu; bukan dhoif, tetapi PALSU!!
Alhamdulillah, Allah memberi hidayah pada Embak pada usia matang ini setelah sekian lama berpegang pada senarai ganjaran tersebut. Betapa banyaknya hadis-hadis palsu yang tersebar; kini dengan kemajuan internet, maka makin mudah dan cepat merebaknya maklumat yang menyeleweng. Berhati-hatilah apabila meng"forward"kan email; niat kita baik untuk menyampaikan ilmu tapi ilmu yang disampaikan itu adalah palsu.
No comments:
Post a Comment