Sunday, May 20, 2012

KOBARU


Pagi Sabtu tadi Embak menemani Mak dan Abah ke mesyuarat agung Koperasi KOBARU Berhad. Embak sebenarnya telah didaftar sebagai ahli 4 tahun yang lalu oleh Abah, tapi tak pernah nak ambil pot pasal koperasi ini. Abah sudah dua tiga kali suruh Embak aktif dalam persatuan, apatah lagi orang kuat KOBARU telah dipaksa pencen kerana strok. Sejak itu, Koperasi semakin lesu dan dah naik lemau.

Memang pun, masa mesyuarat tadi, kehadiran ahli amat menyedihkan. Memang tak cukup korum. Tetapi meyuarat dijalankan juga. Akhirnya 80 persen yang datang terlantik menjadi perwakilan kawasan, termasuk Embak juga. Kalau Abah tak cadangkan nama Embak tadi, mahu saja Embak mencadangkan diri sendiri. Begitulah semput keadaannya.

So, lepas ni siaplah Embak menyinsing lengan menjalankan amanah, insyaAllah, untuk naikkan KOBARU kembali. Pengerusi mesyuarat pun ada kata, jadi perwakilan akan dapat elaun RM100. Hehe. 

Saturday, May 19, 2012

Isi Ikan Tiga Rasa

Embak baru sahaja balik dari majlis keraian raja sehari anak kawan di Hotel De Palma, Ampang. Berjumpa kembali rakan-rakan lama, maka terjadilah mini-reunion rakan-rakan sebilik masa haji dulu. Kami gembira  meng'terkinikan' cerita memasing.


Pasangan pengantin muda dan cantik bagai pinang dibelah dua. Hidangan pula sangat sedap. Tapi Embak tertinggal spek dalam kereta, jadi makan tak puas sangat sebab makanan sedikit kabur depan mata.

Yang bestnya ialah salah satu hidangan dinamakan Isi ikan tiga rasa Nur Kasih. Embak tak boleh nak baca sebab rabun, kawan Embak yang beritahu. Embak sangat SUKA!! Ini buktinya. 

Wednesday, May 16, 2012

The magnificent Hagia Sofia

Hagia (pronounced as Aya) Sofia stands six storey high from floor to dome. My jaw dropped at the site of this palatial space and architectural wonder. Its design is an engineering feat which the Ottomans tried to copy in their mosques but failed. How did the Romans support such a high structure without big fat columns?  The secret is in the way they laid the domes.

This building is A.N.C.I.E.N.T. , about 1,480 years old.  It was first built as a Roman church, then turned into a mosque by Mehmet the conqueror, then Ataturk turned it into a museum in 1930's. The building sits in the same vicinity as the Blue Mosque, the Topkapi Palace and the Byzantine Hippodrome. So one can easily spend a day in this part of Istanbul.

This image here was taken from the internet. My own camera couldn't capture the span of this structure.


Thursday, May 10, 2012

Kenangan setahun lalu

Rakaman pada 1 Mei 2011 di Bolu, Turki.


Sedang kami nak berposing di tepi kolam yang dingin ini, lalu seekor anjing sebesar serigala. Apa lagi, seadat orang Melayu yang takutkan anjing, kami berpaut sesama sendiri sambil memandang kepada jurugambar meminta tolong dalam sengih dan jeritan. Bagus jugak jurugambar rakamkan momen ini.


Usai krisis anjing, kami berposing sakan. Semuanya gaya budak-budak sebab ikut telunjuk yang paling kiri tu. budak 14 tahun!

Tuesday, May 08, 2012

Tip Baca Buku Yang Susah Nak Habis

Embak nak share satu tip yang diberi oleh Ustaz Fathul Bari berkenaan cara nak jayakan diri membaca kitab. Kebiasaan Embak, kalau novel tu sehari semalam pun boleh dihabiskan. Tapi kalau buku agama atau buku teks, boleh jadi ubat tidur!

Ustaz kata, buatkan habit baca, say 5 mukasurat sehari, tak kisah pukul berapa, asalkan baca. Flexi gitu. Kalau kita fixkan time, takut tak tertunai, maklumlah, masa diset untuk membaca masa tulah banyak syayatin masuk jarum.

So, Embak ambil buku ni, yang Embak beli sejak 2006, tapi tak terbaca, dan Embak praktikkan tip 5 helaian sehari, dan alhamdulillah sekarang dah sampai mukasurat 240.

Jadi soalannya murid-murid; sudah berapa harikah Embak membaca buku ini?