Pagi Sabtu tadi Embak menemani Mak dan Abah ke mesyuarat agung Koperasi KOBARU Berhad. Embak sebenarnya telah didaftar sebagai ahli 4 tahun yang lalu oleh Abah, tapi tak pernah nak ambil pot pasal koperasi ini. Abah sudah dua tiga kali suruh Embak aktif dalam persatuan, apatah lagi orang kuat KOBARU telah dipaksa pencen kerana strok. Sejak itu, Koperasi semakin lesu dan dah naik lemau.
Memang pun, masa mesyuarat tadi, kehadiran ahli amat menyedihkan. Memang tak cukup korum. Tetapi meyuarat dijalankan juga. Akhirnya 80 persen yang datang terlantik menjadi perwakilan kawasan, termasuk Embak juga. Kalau Abah tak cadangkan nama Embak tadi, mahu saja Embak mencadangkan diri sendiri. Begitulah semput keadaannya.
So, lepas ni siaplah Embak menyinsing lengan menjalankan amanah, insyaAllah, untuk naikkan KOBARU kembali. Pengerusi mesyuarat pun ada kata, jadi perwakilan akan dapat elaun RM100. Hehe.
No comments:
Post a Comment