Saturday, May 19, 2012

Isi Ikan Tiga Rasa

Embak baru sahaja balik dari majlis keraian raja sehari anak kawan di Hotel De Palma, Ampang. Berjumpa kembali rakan-rakan lama, maka terjadilah mini-reunion rakan-rakan sebilik masa haji dulu. Kami gembira  meng'terkinikan' cerita memasing.


Pasangan pengantin muda dan cantik bagai pinang dibelah dua. Hidangan pula sangat sedap. Tapi Embak tertinggal spek dalam kereta, jadi makan tak puas sangat sebab makanan sedikit kabur depan mata.

Yang bestnya ialah salah satu hidangan dinamakan Isi ikan tiga rasa Nur Kasih. Embak tak boleh nak baca sebab rabun, kawan Embak yang beritahu. Embak sangat SUKA!! Ini buktinya. 

No comments: