Khas untuk anak-anak menakan yang di kolej, maklumat berikut sangatlah berguna. Maklumat ini Mak Long cedok dari laman sesawang fomca.org.my. Mungkin penggunaan Panduan #5 tu kurang releven ketika ini sebab kamu semua belum ada kad kreditkan. Pada hemat Mak Long, penggunaan kad kredit perlu untuk berbagai situasi, cuma kita kena pastikan setiap hujung bulan, semua penggunaan dibayar tunai. Mak Long telah patuh pada amalan ini, dan memang tiada masalah. Malah untung sebab dapat tukar mata dengan hadiah/baucer tunai. |
Artikel mula di sini. Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar. Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang. Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau computer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA! Panduan 3: Amalkan tabiat melabur Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan. Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda! Panduan 5: Potong kad kredit anda Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti! Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer. Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus. Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat! Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta? Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan. Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan! Artikel tamat. |
Wednesday, August 22, 2012
10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus
Thursday, August 16, 2012
Festive Greetings from Bandar Tun Razak
To all Muslim readers whose number I know does not exceed the fingers on my hands, me and my guys would like to wish all of you Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Be merry, but don't be naughty.
Tuesday, August 14, 2012
Biskut Kacang
This is my second Biskut Kacang recipe published in this blog; this one courtesy of Kak Ungku. I like this recipe as it uses cups as the unit of measurement. The following ingredients have been adjusted from the original recipe but still the cookies turned out nice.

Ingredients
1 cup corn oil
1.1/2 cups ground toasted peanuts
1 cup castor sugar
2.1/2 cups flour
1 egg
Mix oil with sugar until dissolved. Beat in the egg. Add peanuts and flour to form dough. Bake at 160F, at about 20 minutes. Will yield about 140 pieces, enough to fill a plastic container as in the picture. Cool cookies on a paper towel as it will absorb the excess oil.
How long it took me from start to finish using 8x8 tray and a single rack oven? About 2 hours.

Ingredients
1 cup corn oil
1.1/2 cups ground toasted peanuts
1 cup castor sugar
2.1/2 cups flour
1 egg
Mix oil with sugar until dissolved. Beat in the egg. Add peanuts and flour to form dough. Bake at 160F, at about 20 minutes. Will yield about 140 pieces, enough to fill a plastic container as in the picture. Cool cookies on a paper towel as it will absorb the excess oil.
How long it took me from start to finish using 8x8 tray and a single rack oven? About 2 hours.
Friday, August 10, 2012
Nuzul Quran & The Night of Qadr
My friend's Arabic teacher, a Syrian, is bemused that
we Malaysians celebrate Nuzul Quran on 17th Ramadhan. He says, Allah has said
clearly in Surah al Qadr that al
Quran was sent down in the night of Al
-Qadr. Here's the translation of the surah:
97. Surah Al-Qadr (The
Night of Decree)
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
3. The night of Al-Qadr (Decree)
is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is
better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
4. Therein descend the angels and
the Ruh [Jibrael (Gabriel)] by Allah's Permission with all
Decrees,
5. Peace! (All that night, there is Peace and Goodness
from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.
So, when is the night of Al-Qadr? In Sahih Bukhari, narrated Ibn ‘Umar: Some men amongst the companions of the
Prophet were shown in their dreams that the night of Qadr was in the last seven nights of Ramadan. Allah's Apostle said,
"It seems that all your dreams agree that (the Night of Qadr) is in the last seven nights, and
whoever wants to search for it (i.e. the Night of Qadr) should search in the last seven (nights of Ramadan)."
In another hadith narrated by 'Aishah, Allah's Apostle said, "Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last ten days of Ramadan."
So, how come Malaysians come to choose 17th Ramadhan as the date to celebrate the decree of al Quran? Another Arabic teacher, a Malaysian, answered that it was based on a weak hadith. Hmm. Hopefully the authorities will fix this error.
Whatever the case may be, lets all observe the remaining days of this Ramadhan to the best of our ability, inshaAllah.
Wednesday, August 01, 2012
To be considered
Here's a suggestion disguised as a question I posed (via Abah) for the Q&A session at our neighbourhood surau.
Question Begins: "Assalamualaikum Ustaz,
Baru-baru ini saya mengikuti kelas tafsir
ayat Al-A’raf 55, yang mafhumnya:
“Berdoalah
kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak
menyukai orang-orang yang melampau batas”.
Antara lain, Ustaz* yang mengajar, menyarankan
agar disampaikan kepada pihak surau dan masjid setempat untuk memberhentikan
trend masa kini iaitu pemasangan bacaan al Quran, zikir dan sebagainya di
pembesar suara selain Azan, kerana ianya tidak dibuat oleh Rasulullah.
Rasulullah hanya menyuruh menguatkan Azan untuk memaklumkan masuk waktu.
Kita
perhatikan sahaja di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tiada laungan kecuali
azan. Dan suara imam semasa solat hanya sampai kepada jemaah, tidak sehingga ke kawasan kediaman.Di Bandar Tun Razak, trend ini sangat ketara
di waktu Subuh. Dan ianya dilakukan oleh hampir semua surau dan masjid. Dikhuatiri
perkara yang kita anggap baik sebenarnya secara tidak disedari mengganggu ketenteraman
orang-orang yang sedang sakit, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Mohon pendapat Ustaz. Terima kasih."- end of question.
The BTR Ustaz's response was non-committal. So it remains to be seen whether *Ustaz Kariman's message make an impact. Or not.
The BTR Ustaz's response was non-committal. So it remains to be seen whether *Ustaz Kariman's message make an impact. Or not.
Subscribe to:
Posts (Atom)