Thursday, February 04, 2016

Scone aka Rock Bun

Scones disebut Skon ("On" dia macam Belon bukan Sukun). Rock Bun ialah nama yang cikgu-cikgu Home Science panggil kuih ni pada tahun 70an dulu. Resipi akan menghasilkan 12 ketul scones.

Bahan-bahan

1 biji telur gred A
155g cream (Anchor UHT Whipping Cream)
250g tepung serbaguna
2 camca besar gula halus
1 camca besar baking powder
1/4 sudu teh garam
70g mentega sejuk, dipotong dadu
Optional: 3/4 cawan kismis

Langkah-langkah

Panaskan ketuhar 170 darjah F.
Pukul telur dan cream.
Dalam mangkuk besar, kacau tepung, gula, baking powder dan garam. Masukkan mentega dan gaulkan dengan tangan sehingga menjadi bentuk pebbles.

Tuangkan campuran telur dan krim ke adunan tepung dan gaulkan menggunakan garfu. Jangan terlebih adun nanti keras. Masukkan kismis sekiranya suka.

Bahagi dua adunan, dan leperkan untuk terap atau potong wedges.

Sapukan bahagian atas scones dengan cream. Bakar 20-22minit sehingga perang. Hidangkan terus panas-panas dan makan bersama jem, whipped cream atau mentega.

No comments: