Friday, February 24, 2017

Kelantan Trip Day 2

Agenda pertama pagi ini ialah bersarapan di Kopitiam Kita yang tersohor itu. Kedai ini juga dimiliki oleh orang Cina, namun dikunjungi rata-rata oleh orang Melayu. Iai seperti one-stop centre untuk semua makanan Kelantan. Makanan-makanan ini diambil dari beberapa daerah di Kelantan. Menu sendiri kedai ini ialah roti bakar yang dipanggil Tib-tab dan air minuman.
Deretan makanan untuk dipilih.

Dah penuh sebakul baru duduk.

Roti Tib-tab

Dua rakan kami, Dr Maizon dan Dr Rosline menyertai kami untuk sarapan.
Usai bersarapan, kami pergi ke acara utama lawatan kami iaitu ke..... maktab! Kami sengaja berpakaian serba biru untuk menyerupai uniform sekolah dahulu.

Thursday, February 16, 2017

Kelantan Trip - Day 1 Part 2

Dari Kubang Kerian, kami berpatah balik ke Sabak yang berada di Pengkalan Chepa. Pantai ini dulu tempat aktiviti kami pengakap. Dari maktab, kami berjalan kaki, menyeberang airport menuju ke pantai. Dulu kapal terbang tak banyak.

Tapi sekarang sudah tiada pantai. Pinggir laut dibarisi batu-batu besar, mungkin untuk mengelak hakisan pantai.




Hae membawa kami ke gerai bernama Acu-Tera
(acu try). Kami memesan bermacam makanan, yang saya rasa paling best ialah sotong celup tepung. Sotongnya segar dan serdak tepungnya pun sedap.
 
Gambar kompilasi oleh Yaya.



Dalam keriuhan kami mengadap makanan yang enak itu, tiba-tiba salah seorang dari kami terperasan satu wajah yang familiar. It was our teacher, cikgu Nik Faridah yang mengajar bahasa Inggeris di maktab dulu. Kebetulan hari itu hari jadinya yang ke-67. Hiruk pikuk jadinya, tak tahu berapa kali kami bergambar.

Bila dah kenyang, kami panjat batu-batan di tepi pantai untuk ambil angin petang yang bertiup deras. Dari situ, kami nampak Cikgu Nik menaiki kereta untuk pulang. Bila lalu depan longgokan kami, dia berhenti lalu keluar mengambil gambar kami, sebelum menyertai kami di atas batu-batan. Epic betul gambar ini.
Selepas pantai Sabak, kami ke pasar malam Kota Bharu, berhampiran pasar Siti Khadijah. Rezeki Yaya nak makan sotong bakar termakbul kerana ramai penjual sotong bakar malam itu. Selepas membeli belah, kami singgah ke kedai yang kami selalu tuju dahulu apabila keluar ke KB especially selepas mendapat wang saku iaitu RM15 sebulan. Juga tempat berdating bagi yang ada pet sister/pet brother atau yang ada buah hati. Dulu namanya Sun Too, tapi sekarang telah diubah menjadi Sun Two.

Kami memesan rojak buah (keropok dipecahkan dan digaul sekali) yang marvellous dan banana split, for old times' sake.

Kedai ini tersenarai dalam Trip Advisor. Jadi, memang antara kedai yang wajib dikunjungi.


Wednesday, February 15, 2017

Kelantan Trip - Day 1

Setelah menempah tiket Malindo Air pada bulan Oktober tahun lepas, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. Seramai 9 orang kawan-kawan lama akhirnya dilapangkan Allah untuk melancong ke Kelantan pada 10 Februari yang lalu.

Dari Subang kami berlapan, sebab Cheni sudah pun terbang lebih awal.

Penerbangan mengambil masa hanya 1 jam 5 minit. Lebih kurang pukul 11 tengahari kami pun mendarat. Terus kami menuju ke kaunter Hawk Rental untuk mendapatkan Starex yang telah ditempah.

Alhamdulillah cuaca baik. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami yang khuatir akan banjir sebab pada bulan Januari Kelantan dilanda banjir kilat.

Terlanjur airport di Pengkalan Chepa, kami pun ambil kesempatan untuk lalu depan maktab, tetapi tidak berhenti kerana esoknya telah diatur acara untuk masuk ke maktab. Tapi, kami berhenti di hujung jalan untuk melihat pasar yang kami selalu kunjungi 40 tahun lalu untuk beli sarapan dan ia masih lagi berdiri, masih kelihatan "haphazard"seperti dahulu.

Aline, Laa Ee dan Yaya turun untuk membeli buah-buahan untuk dibawa ke rumah mak Cheni. Yang paling nak ke sini ialah Laa Ee. Siap berjanji dengan "makcik" di situ untuk kembali keesokan harinya. (I think the seller lady is younger than us, haha).




Masa tu perut dah rasa lapar, jadi terus saja kami ke rumah mak Cheni di Kampung Kubur Kuda. Semasa bersekolah dulu, masakan mak Cheni dahulu sangat dinanti-nantikan setiap kali Cheni balik ke rumahnya di hujung minggu.

Alhamdulillah, Cheni menghidangkan nasi dagang Trengganu dan pencuci mulut. Enak sungguh.
Tengok tu, muka puas hati sebab sedap sangat dan perut dah kenyang.


Selepas itu kami check-in ke MAM Guest House milik keluarga Hae. Kami berehat dan solat sebelum ke destinasi seterusnya iaitu ke Pantai Sabak yang penuh kenangan.