Thursday, February 16, 2017

Kelantan Trip - Day 1 Part 2

Dari Kubang Kerian, kami berpatah balik ke Sabak yang berada di Pengkalan Chepa. Pantai ini dulu tempat aktiviti kami pengakap. Dari maktab, kami berjalan kaki, menyeberang airport menuju ke pantai. Dulu kapal terbang tak banyak.

Tapi sekarang sudah tiada pantai. Pinggir laut dibarisi batu-batu besar, mungkin untuk mengelak hakisan pantai.




Hae membawa kami ke gerai bernama Acu-Tera
(acu try). Kami memesan bermacam makanan, yang saya rasa paling best ialah sotong celup tepung. Sotongnya segar dan serdak tepungnya pun sedap.
 
Gambar kompilasi oleh Yaya.



Dalam keriuhan kami mengadap makanan yang enak itu, tiba-tiba salah seorang dari kami terperasan satu wajah yang familiar. It was our teacher, cikgu Nik Faridah yang mengajar bahasa Inggeris di maktab dulu. Kebetulan hari itu hari jadinya yang ke-67. Hiruk pikuk jadinya, tak tahu berapa kali kami bergambar.

Bila dah kenyang, kami panjat batu-batan di tepi pantai untuk ambil angin petang yang bertiup deras. Dari situ, kami nampak Cikgu Nik menaiki kereta untuk pulang. Bila lalu depan longgokan kami, dia berhenti lalu keluar mengambil gambar kami, sebelum menyertai kami di atas batu-batan. Epic betul gambar ini.
Selepas pantai Sabak, kami ke pasar malam Kota Bharu, berhampiran pasar Siti Khadijah. Rezeki Yaya nak makan sotong bakar termakbul kerana ramai penjual sotong bakar malam itu. Selepas membeli belah, kami singgah ke kedai yang kami selalu tuju dahulu apabila keluar ke KB especially selepas mendapat wang saku iaitu RM15 sebulan. Juga tempat berdating bagi yang ada pet sister/pet brother atau yang ada buah hati. Dulu namanya Sun Too, tapi sekarang telah diubah menjadi Sun Two.

Kami memesan rojak buah (keropok dipecahkan dan digaul sekali) yang marvellous dan banana split, for old times' sake.

Kedai ini tersenarai dalam Trip Advisor. Jadi, memang antara kedai yang wajib dikunjungi.


No comments: