Wednesday, February 15, 2017

Kelantan Trip - Day 1

Setelah menempah tiket Malindo Air pada bulan Oktober tahun lepas, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. Seramai 9 orang kawan-kawan lama akhirnya dilapangkan Allah untuk melancong ke Kelantan pada 10 Februari yang lalu.

Dari Subang kami berlapan, sebab Cheni sudah pun terbang lebih awal.

Penerbangan mengambil masa hanya 1 jam 5 minit. Lebih kurang pukul 11 tengahari kami pun mendarat. Terus kami menuju ke kaunter Hawk Rental untuk mendapatkan Starex yang telah ditempah.

Alhamdulillah cuaca baik. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami yang khuatir akan banjir sebab pada bulan Januari Kelantan dilanda banjir kilat.

Terlanjur airport di Pengkalan Chepa, kami pun ambil kesempatan untuk lalu depan maktab, tetapi tidak berhenti kerana esoknya telah diatur acara untuk masuk ke maktab. Tapi, kami berhenti di hujung jalan untuk melihat pasar yang kami selalu kunjungi 40 tahun lalu untuk beli sarapan dan ia masih lagi berdiri, masih kelihatan "haphazard"seperti dahulu.

Aline, Laa Ee dan Yaya turun untuk membeli buah-buahan untuk dibawa ke rumah mak Cheni. Yang paling nak ke sini ialah Laa Ee. Siap berjanji dengan "makcik" di situ untuk kembali keesokan harinya. (I think the seller lady is younger than us, haha).




Masa tu perut dah rasa lapar, jadi terus saja kami ke rumah mak Cheni di Kampung Kubur Kuda. Semasa bersekolah dulu, masakan mak Cheni dahulu sangat dinanti-nantikan setiap kali Cheni balik ke rumahnya di hujung minggu.

Alhamdulillah, Cheni menghidangkan nasi dagang Trengganu dan pencuci mulut. Enak sungguh.
Tengok tu, muka puas hati sebab sedap sangat dan perut dah kenyang.


Selepas itu kami check-in ke MAM Guest House milik keluarga Hae. Kami berehat dan solat sebelum ke destinasi seterusnya iaitu ke Pantai Sabak yang penuh kenangan.

No comments: