Saturday, November 11, 2017

Kek Pandan ala Onde-onde



Bahan-bahan:-

260gm mentega
280gm gula pasir halus

4 biji telur

310gm tepung superfine
14gm baking powder
Secubit garam

160gm susu
2 camca teh jus pandan  + setengah camca teh pes pandan
Pewarna hijau (optional)

Cara-caranya:
Panaskan oven 160C selama 15minit
Alas 10"x10" talam empat segi dengan kertas kek atau
Alas 3 talam bulat 8" dengan kertas kek untuk kek bulat

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Selang-selikan tepung dan bancuhan susu.

Topping Cream cheese

Campurkan 350gm cream cheese dan 175gm mentega(suhu bilik bukan dicairkan) dan adunkan sehingga sebati. Masukkan 1 ½ cawan gula aising dan 1 camca teh vanilla. Pukul sehingga sebati.

Pukul berasingan ½ cawan non-dairy krim putar sehingga ia kaku. Campurkan krim putar kedalam bancuhan cream cheese.

Perhatian: Jangan pukul frosting berlebihan topping, nanti ia jadi lembut.

Hiasan
Hawaiian Coconut
Sirap Gula Melaka- masakkan ricikan gula Melaka dengan sedikit air atau tabur sahaja ricikan gula Melaka
Daun pandan sebagai hiasan

No comments: