Saturday, September 30, 2017

Membeli makanan laut segar di KK

Hari ini adalah hari terakhir kami di KK dan penerbangan balik adalah pada pukul 11.15 pagi. Sebelum balik, kami pergi ke pasar besar KK untuk membeli seafood segar untuk dibawa balik. Teruja dengan harga ikan-ikan kecil seperti selar, ikan kerisi yang dijual dengan RM3! Terdapat beraneka seafood termasuk ikan buntal yang dijual RM5 saja. Ikan tenggiri pula dijual RM25 sekilo dan udang harimau sebesar tapak tangan RM90 sekilo. Lobster pun ada. Seafood ini, saya dah survey semasa di Tanjung Aru, setelah dimasak dijual 3 kali ganda harganya!
Pemandangan dalam pasar
Perkhidmatan membungkus untuk menaiki kapal terbang disediakan dengan bayaran RM25 untuk saiz kotak sederhana. Barangan diletakkan dalam kotak styrofom dan diisi dengan ais dan disumbat dengan surat khabar supaya kemas dan padat. Kotak styrofom dimasukkan ke dalam kotak kadbod dan dililit dengan tape disekelilingnya dan dibikin pemegang untuk dibawa naik ke dalam pesawat. Seafood segar tidak boleh letak dalam kargo

Namun, packaging ini tidak lulus apabila kami nak check-in. Kerana apabila staf airport goncang kotak itu, terdengar bunyi air. Maka terpaksalah kami membuang ais dan air dan dibungkus semula di kedai seafood di airport. Kena bayar lagi RM18.
Buat duit betul depa ni.
Jadi, pengajarannya ialah, kalau nak beli seafood yang segar, boleh beli dari pasar besar KK, ia sangat berbaloi. Beli sendiri kotak styrofoam dan beli dry ice. Pack tak perlu cantik seperti yang dibikin di kedai ini, yang penting tak berair.

Inilah rupa udang yang dibungkus semula di airport tanpa ais yang saya unpack sejurus sampai ke rumah iaitu 6 jam dari waktu check-in. Kepala udang hampir tertanggal, namun rasanya masih segar. Ikan tenggiri yang saya beli juga masih segar. Namun, saya sarankan meletak dry ice supaya seafood kekal kelihatan segar.

Tamatlah sudah kembara kami. Sesungguhnya Kundasang, Ranau dan pulau-pulau Sapi dan Manukan sangat indah. Syukur alhamdulillah di atas rezeki ini.

No comments: