Sunday, April 01, 2007

Pet Names

Semasa Embak kecil, emak dan abah selalu menggelar Embak “si Tua”. Nama tu digunakan sesama mereka, seingat Embak tak pulak dipakai apabila bercakap dengan Embak. Contohnya, "Si Tua mana?" - And I would just cringe in the background- Memanglah Embak anak sulong, tapi Embak sangatlah tak suka nama tu, MACAM lah kita ni tua sangat! Lamanya juga perap perasaan geram, hinggalah ke usia duapuluhan, barulahEmbak terfikir yang sebenarnya si Tua tu nama timangan, nama yang diberi dengan rasa kasih, bukan untuk mengejek. Nasib baiklah namatu tak lagi mereka pakai sekarang ni, kalau tidak akan terus menjeruklah Embak .

Apa lagi gelaran yang mereka beri ya pada adik-beradik Embak yang lain? Kalau tak silap:
Untuk Angah - Si Cembeng (kuat melalak)
Untuk Ateh - Si Raja (kuat perintah)
Untuk Alang - Tak ingat, tapi yang ini lambat bercakap
Untuk Cik, Uda, Atam dan Acu - ish, tak ingat lah. Tak ada kut! Agaknya selepas tiga anak, emak dan abah saya dah malas nak menggelar anak-anak mereka.

Masa emak dan abah muda-muda dulu, emak panggil abah "dia" (sebutan macam "dear" je kan?). Contohnya, emak akan tanya, "Pukul berapa dia balik nanti?". Dan abah akan jawab, "Abang balik pukul 4. Nanti Nah siap-siaplah". Tapi sekarang, sejak emak sakit, emak akan cakap, "Abah ye balik pukul berapa?" Abah jawab, " Aye balik pukul 4. Nanti Ayang siap-siaplah."

Embak gembira mereka lebih mesra di usia emas. Dulu tak perasan pun mereka berkasih sayang, mungkin sibuk membesarkan anak-anak.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Mbak,
Perasan tak, adakalanya pada lingkungan tertentu, gelaran yang pelbagai kita di'lable'kan. Maka bila kaum dari kelompok A bertanya kepada kaum kelompok B akan si polan, they'd just shrug and said, "...tak tahu", walhal orang yang ditanyakan ada tercongok depan mata...
_Deli