Sunday, March 22, 2009

Bahagia

Hari ni Embak bangun dengan gembiranya bila sedar hari ni hari Ahad, yay! boleh bersantai lagi. Emak dan abahpun nak ke kenduri orang kahwin, jadi tak payah masak makan tengahari. Jam 10.35 pagi dah sampai kat TTDI, kira 'punctual' jugak hari ni untuk kelas aqidah Dr Kabuye. Hari ni ustaz mengajar makna aqidah uluhiyah, berbeza dengan aqidah rububiyah. Antara lain kandungan ceramahnya ialah aqidah uluhiyah dicapai apabila seseorang itu percaya kepada Allah dalam percakapannya, di dalam hatinya dan manifestasikan dalam perbuatannya. Tetapi sekiranya seseorang itu terpaksa menyembunyikan keimanannya kerana terancam walhal di hatinya beriman, ianya dibolehkan seperti dalam kes Amar anak Yassir dan Sumayyah.

Selepas sessi di Al Hunafa, Embak sangat-sangat kepingin pergi ke Ikea dan MPH; kedua-duanya ada jualan murah di hari terakhir. Kedua-duanya pulak dekat dengan Taman Tun. Tapi disebabkan masa dah terhad, Embak kena pilih satu sahaja. Timbang punya timbang, kocek Embak akan lebih terjamin di kedai buku dari kedai serbaneka perabot, maka Embak pilih MPH. Al kisah, satupun buku Embak tak beli, sebab bila dilihat harga-harganya taklah semurah mana. Sebenarnya Embak mengharapkan harga tawaran setaraf Payless Books Warehouse Sale; mana nak dapat, wei. Lagipun buku-buku kat situ melaut banyaknya, dan tak tersusun; tengok sahaja dah lelah dibuatnya, hilang selera nak memilih.

Tapi kesudahannya, Embak balik rumah bawa balik empat buah buku baru juga, yang Embak beli di Big Bookstore di Atria. (Bab berbelanja, Embak memang pintar!) Kira boleh tahan murahlah. Semuanya RM56.80 untuk 4 buku yang Embak sangat-sangat suka: The Da Vinci Code, The Rough Guide to the Da Vinci Code, (yang dua ni sahlah nak mentelaah) dan The Almond Blossom oleh Chris Stewart dan Spain by the Horns oleh Tim Elliott (yang dua ni sebab masih terkenang rehlah di Sepanyol). Sebenarnya Embak nak cari buku Tales of the Alhambra oleh Washington Irving. Masa kat Sepanyol haritu, punyalah Embak menahan diri dari membeli walaupun harganya tak sampai 10 euro. Nak cari kat Malaysia kononnya. Tapi belum ada rezeki untuk jumpa.

Setakat ni dulu. Nak baca buku baru sebelum tidur :)

4 comments:

Honeytar said...

Dear Mmbak,

If there is one book of yours that you think I should read, which one would that be?

If you have made up your mind, please bring it in your next visit to Tok Li.

I miss sembang2 with you.

Lunch is on me! :)

_deli said...

Salam Mmbak,
Buku-buku Mmbak tersusun rapi dalam lemari atau tersusun meninggi di sana sini? Rasa-rasanya macam dah kedua-duanyakan?
Time to donate atau jadi pustaka bergerak - Mmbak distribute and collect yourself.

Unknown said...

Wa alaikum salam _deli.Selagi tak ada kenduri kat rumah kita, memang susah orang nak jenguk kita. Bertuah badan.

Tar,

You dah baca belum Angela's Ashes by Frank McCourt? This is THE one book that I am circulating amongst my friends. It's so good. _deli pun dah baca.

Honeytar said...

Mmbak,

Have not yet read and would love to. Jom laa dtg Tok Li. I kasi you makan Dendeng !

btw I am making great progress in Ustaz Bakar's classes. You have no idea how much pahala you've accumulated. Come June it'll be one year already!