Monday, June 22, 2009

Antara 2 Mekanik

Semenjak Embak bekerja sendiri, Embak bertukar ke mekanik di tempat tinggal Embak di Bandar Tun Razak ni. Setelah beberapa percubaan, Embak berjumpa dengan seorang mekanik yang Embak lantik sebagai mekanik peribadi sebab dia caj dengan adil, dan hasil kerjanya bolehlah tahan. Embak tahu, dia tak handal, tapi kalau setakat tukar minyak hitam dan perkara-perkara asas ni Embak hantar je kereta kat dia. Katakanlah mekanik ni Abu.

Selang tiga lot dari woksyop Abu ni ada satu lagi woksyop, Embak samarkan dia dengan nama Woksyop Ah Beng. Woksyop Ah Beng ni lagi popular dari Woksyop Abu. Ramai warga BTR dan sekitarnya melanggani woksyop ini. Satu hari, kereta Embak rosak; susah tukar gear. Abu pun tukarkanlah partnya. Kena dalam RM500. Tapi problem masih tak selesai. Embak bawa senyap-senyap ke Woksyop Ah Beng. Dia bukak bonet, pastu tuang sikit minyak kat tempat yang rosak tu, terus masalah selesai. Happylah Embak. Si Ah Beng tak nak ambil sesen pun. Alamak, Embak dah malu. Tapi Embak tahu, Ah Beng dah pasang "goodwill".

Selang dua tiga bulan, gear kereta buat hal lagih. Embak mengadu kat Pak Abu; haritukan, Ah Beng tuang minyak sikit dah ok. Abu tak tahu minyak apa yang Ah Beng pakai. Kesudahannya, Embak suruh abah Embak pergi hantar kat Ah Beng sebab nak hantar sendiri, diri sudah segan. Guess what? Ah Beng tuang sikit minyak, dan gear pun ok, sampailah sekarang. Duit, sesen pun dia tak nak ambik. Sudah 2 kali "goodwill".

Alkisah, kawan abah Embak hantar keretanya ke seorang mekanik di Taman Midah. Masalahnya mudah sahaja, ada benda tersumbat, caj mungkin dalam RM50 sahaja. Tapi nak repair benda tu, kena keluarkan enjin kereta; caj tu yang mahal kena RM500. Pakcik ni bawak kereta dia ke kedai Ah Beng, mekanik dia pakai "blower", terus benda tersumbat tu keluar, selesai masalah. Pun tak ambik duit.

Begitulah pendekatan Ah Beng. Kalau dah sekali terhutang budi, lain kali mesti servis kereta kat woksyop diakan? Tak dinafikan Ah Beng terrer betul diagnose dan selesaikan masalah (macam House M.D). Ini yang buat Embak serba salah. Kalau Embak tak sokong Abu, sampai bila pulak dia nak terrer repair keretakan? So, Embak terus hantar kereta kat Abu. Kalau dia tak boleh buat, barulah Embak hantar kat Ah Beng. Buat muka sepuluh sen je la. Tapi kena sorok-sorok, nanti Abu merajuk.

2 comments:

ayie said...

Pandainya si Ah Beng tu meniaga. Kena belajar ni.

angah said...

Ah Beng dgn Ah Chong........... takkan tak pandai lagi