Sunday, May 12, 2013

Berlibur ke Tanjung Karang

Tanjung Karang memang terkenal dengan sawah padinya. Sebab itu ianya menjadi backdrop untuk drama-drama Malaysia dan yang paling tersohor ialah drama Nur Kasih. Apabila saya tahu sudah hampir musim menuai, saya mempelawa diri saya dan seorang rakan lain Rosnah untuk ke kampung sahabat saya Zack di Sungai Burung, dan Zack yang baik hati setuju untuk menjadi hos kami.

So, semalam pagi-pagi saya dan Rosnah ke rumah Zack di Shah Alam. Mujur Zack ikut sekali kalau tidak pastinya kami akan sesat barat. Anak sulung Zack yang kami panggil "Kakak" menemaninya. Seawal jam 10 pagi, kami telah memasuki kampung dan dihadiahkan dengan vista sawah padi yang melaut hijaunya. Sekiranya anda memandu di Tanjung Karang, anda tidak akan dapat melihatnya kerana pemandangan ini terlindung dari jalan besar. Saya memberhentikan kereta untuk sesi fotografi pertama. Kami malu-malu kerana ada dua orang petani sedang memancing ikan puyu di sawah sebelah. Zack memberi jaminan bahawa orang-orang kampung dah biasa dengan "pelancong".

Beberapa fakta yang sempat Zack beritahu:

1. Setiap (relong) petak sawah ditanda dengan batas. Dan setiap relong memanjang kebelakang sejauh tiga ekar.
2. Harga 3 ekar di tahun 2003 ialah RM100,000. Sekarang RM250,000. Itupun kalau ada yang nak jual.
3. Padi ditanam 2 kali setahun. Selepas peningkatan teknologi, setiap relong boleh menghasilkan 8 tan beras. (Saya congak-congkak, hasilnya dalam RM50,000 sebelum ditolak kos).
4. Butir-butir merah yang kami nampak melekap di batang padi adalah telur siput yang merupakan pest yang boleh mengurangkan hasil padi.
5. Bangla telah mula masuk ke sawah-sawah mengambil upah meracun dsb kerana kekurangan tenaga buruh.

 Zack bercerita pengalaman semasa membesar dengan sawah padi.

Gadis bandar teruja masuk kampung

Di kampung Zack, serba-serbi dikendali oleh ko-op dari bekalan biji-benih, mesin menuai dan sehinggalah ke pengumpulan dan penjualan hasil tuaian. Dalam perjalanan ke rumah emak saudara Zack, kami nampak jentera menuai sedang beroperasi. 




Sebelah rumah Mak Andak ialah rumah bapa Zack yang ditinggalkan setelah bapa Zack tinggal bersamanya di Shah Alam. Tetapi ianya bukan rumah asal Zack semasa kecil. Dulunya rumah Zack di tepi jalan besar bersebelahan rumah YB Noh Omar, menteri pertanian.

Mak Andak sangat ramah. Bila dia tahu saya tak berkahwin, dia mula beri motivasi supaya jangan putus asa. Adalah jodohnya nanti. Dia sendiri berkahwin lewat pada usia 40 tahun dan bersalin pada umur 42 tahun. Teruk dimarahi nurse masa tuh. Haha. Mak Andak komplen ada orang curi buah sukunnya.
Rosnah berlakon nak ngap buah sukun.

Gadis desa di gigi air.




Setelah berposing macam-macam dan dijamu air teh dan biskut oleh Mak Andak, kami meneruskan perjalanan ke rumah PIL Zack.





Rumah mertua Zack
PIL Zack dulunya orang Shah Alam. Selepas FIL, En Anuar bersara dari PKNS, mereka membeli tanah sawah 3 ekar dengan harga RM100,000 pada tahun 2003 dan berpindah ke Tg karang pada 2 tahun kemudian. Susana di rumah mereka sangat nyaman, dikelilingi kehijauan padi yang menanti untuk dituai bulan hadapan. Sekarang ini, padi di peringkat "bersusu". Bila kami kupas padi ditangkainya, memang isi di dalam lembut dan rasa lemak.

Kakak merasa beras yang "bersusu".

Alhamdulillah, di rumah ini kami dihidangkan makanan tengahari yang sangat sedap; nasi berlaukkan ikan keli goreng sambal, masak lemak pucuk ubi kayu, kari ayam dan sambal mangga. Juga buah kuini dan mempelam sebagai pencucui mulut. Kami makan dengan penuh berselera.

Saya bertanyakan pada MIL Zack di mana lokasi set Nur Kasih. Rupa-rupanya jauh di kampung yang lain dan dia sendiri tak tahu di mana sebenarnya. Jadi tak dapek lah den nolong.

Dalam pukul 2.30 ptg kami bertolak ke Pantai Remis. Dalam perjalanan kami sempat singgah di kedai runcit untuk membeli kotak polystren untuk isi ikan segar dan kedai kerepek yang bernama "Hot". Tapi terlupa pula nak ambil gambar.

Di Pantai Remis, kami dapati penjual-penjual ikan sudah mula menjual ikan-ikan segar, dan bermacam kerang-kerangan juga ikan kering dan lain-lain.

Pasar di tepian Pantai Remis

Harganya berpatutan, dan yang paling penting kesegarannya kerana baru naik ke pantai pada sekitar jam 2 petang. 

 Selain dari pasar ikan segar, terdapat juga gerai-gerai menjual makanan, cenderahati, layang-layang dan juga taman belon ini. Kakak minta dengan ibunya untuk bermain di sini tapi ibunya kata kami kesuntukan masa.
Inilah gambar terakhir kami ambil sebelum pulang. Happy sesangat dapat "berjimba" pada hari Sabtu. Terima kasih Zack!



No comments: